Who do you think you are?

Who do you think you are?

IMG_244036255091702

Pergi, datang, tinggalkan, caci maki, datang lagi, pergi lagi, kembali……kau fikir kau siapa? Kau fikir aku ni apa? Barang mainan kau? Perasaan aku ni apa? Alas kaki untuk kau pijak, sepak terajang bila kau tak suka, bila kau bosan? Sayang dan cinta aku apa, bahan maharaja lawak? Bila kau sunyi, kau datang balik cari aku. Kau tau betapa susahnya aku nak teruskan kehidupan aku setelah kau pergi? Bila aku mula nak stabil, luka yang kau robek tu baru nak kering, kau datang lagi….untuk apa? Sudah lah…. kalau aku dah tak cari kau, tolong lah jangan cari aku lagi. Jangan hancurkan aku lagi. Cukup lah. Aku bukan macam perempuan kau yang lain, aku dah bawak diri aku, aku dah tak cari kau, jangan datang cari aku lagi. Aku penat! Kau nak bebas kan? Kau tak kan bebas dengan aku, aku tak akan berubah. Aku tetap macam yang kau kenal dulu, tetap mahukan benda2 yang sama. Tetap mahukan komitmen, tetap mahukan kesetiaan, tanggungjawab, kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan. Kau tak mampu nak beri tu semua pada aku, jadi cukup lah. Jangan cari aku lagi selagi kau belum bersedia nak berubah. Aku memang tak sempurna tapi aku sedar aku tak sempurna, aku cuba untuk berubah. Kau…? Atau kau rasa kau manusia yang paling sempurna dalam dunia ni, tak pernah buat kesilapan. Apa kau cakap pada aku dulu;

‘bila sorang rasa sunyi, bila berdua menyakitkan hati, lebih baik mati’……

Tolong lah, hidup jangan sombong, ego jangan terlalu tinggi melangit, jangan bongkak….

Ini memang klise lah (kau tau tak makna klise? perkara yang biasa disebut atau dibuat),¬†aku ciplak dan adjust ikut sedap aku dari lirik lagu…

Tak mungkin untuk aku terus bersama kau jika

Seumur hidup hanya untuk kau menyakitkan aku, memuaskan diri kau

Apa yang telah kau beri pada aku, berapa banyak dan apa yang kau dah korbankan untuk aku?

CARI AKU KIRA KAU MASIH BERANI BERDEPAN REALITI

HEY,HEY JANGAN SENTUH, AKU BUKAN BARANG PERMAINAN KAU LAH.

AKU BUKAN BARANG!

Bukan aku tak sayang dan cinta kan kau tapi aku lebih sayangkan diri aku. Aku tak sanggup lagi dah….

IMG_176004302469478

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>