Vandalism – Kenapa otak ko kat ibu jari kaki?

Vandalism – Kenapa otak ko kat ibu jari kaki?

Salam kengkawan,

3 hari aku tak online sebab ada projek rahsia…. alhamdullillah, projek dah siap, boleh aku berdondang sayang. Korang tau tak apa makna vandalism? Kalau dalam bahasa omputeh, makna nya :

  1. deliberately mischievous or malicious destruction or damageof property: vandalism of public buildings.
  2. the conduct or spirit characteristic of the Vandals.
  3. willful or ignorant destruction of artistic or literary treasures.
  4. a vandalic act.

Kalau dalam bahasa melayu aku tak jumpa, dalam bahasa indon ada :

  1. perusakan
  2. sifat suka merusak

So, pendek kata lah, vandal ni dilakukan oleh orang (orang ke?) atau mahkluk Allah yang suka merosakkan harta benda awam. Aku rasa dia orang ni otak kat ibu jari kaki, ibu jari kaki yang disaluti dengan stokin yang hapak lagi hitam berdano. Pastu, ibu jari kaki tu asyik tersepak tunggul mati dan terpijak taik kucing sebab tu lah otak dia tak boleh berfungsi dengan baik…. Kesian ek?

Kat opis building aku, ramai betul orang yang otak nya di ibu jari kaki… sebab banyak betul vandalism. Dinding kat lif tu diconteng2 dengan perkataan mencarut, wall paper hiasan dalam lif tu dia orang kopek2, rabak kan, tempat butang lif tu dia orang kopak kan…. macam2 lah… aku pun pelik, bila masa diaorang buat kerja tu. Buruk betul akhlak…. Ini ialah salah satu contoh hasil yang terbaik lah…:

Korang tau apa tu…? TAIK HIDUNG beb!!! BAEEKKK punya selet…. nasib baik kali ni, aku repeat KALI ni, dia tak selet kat butang lif tu…. Apa agaknya perasaan dia ek, dah puas korek hidung, selet kat tempat awam… Agak nya dia vangga, lubang hidung kembang setaman bila dia tengok hasil kerja dia…..

Ish! Pengotor betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>