Thousand Apologies to Pompuan Yg Amek Order kt Planet Berger

Thousand Apologies to Pompuan Yg Amek Order kt Planet Berger

Ini saya curi dari sini ya —> http://www.freakingnews.com/Frog-burger-Pictures-12796.asp

Aku mintak maaf kalau tulisan aku menyakitkan hati bila kau baca. Aku tulis apa yang aku perhatikan dan sebab kau ‘sekolahkan’ aku pasal midfield player tu…aku nak tanya KO PAHAM KE MIDFIELD PLAYER tu function dia macam mana? Ini apa yang aku paham la, midfield player consists of 4-5 players – 2 wingers, 1 playmaker, 1-2 ballwinner, so ko yang mana satu? Jadi penjaga gol pun belum tentu lepas beb. Midfield playerS kena cekap, kena tau baca game.. barulah permainan menarik dan probability team ko menang tinggi…

Ko ni kerek betul lah.. dah la hari tu ko bazirkan masa aku sampai satu jam, tak de pun mintak maaf. Ko sendiri kalau pergi kedai makan dan order makanan, kena tunggu satu jam, marah tak? Jawab jujur, marah tak? Tengah lapar, jalan jauh semata-mata nak support gang melayu meniaga, pastu tunggu sikit punya lama, tak say sorry pun? Aku paham ko dapat order yang banyak, kenapa tak inform masa aku mula-mula order? Bagitau lah, “Kak, kitaorg ada banyak order, boleh tunggu?” Kat situ ko bagi aku option samada aku nak tunggu atau aku nak berambus balik… tapi ko tak bagi aku option tu – kenapa?

Bila ada bisnes kena lah manage betul-betul, kiosk berger pun FnB Biz jugak, kena manage workflow jugak, bila ada system, semua berjalan lancar. Bukan main taram semacam jek.. jadi lah rojak, bercampur aduk segala hal..

1) Ko ada pekerja am, ko kata pekerja am ko tak reti menulis, aku memang tak expect dia amek order, kerja dia bungkus berger,goreng fries dan keja2 am lain saje..Bila dia tak boleh handle bungkus berger barulah ko pun turun padang bungkus sekali.. ini aku tengok, ko pun berebut nak bungkus berger sampai perkerja am ko tu tak de kerja, melangguk..

2) Ko tukang amek order, make sure customer dapat order, lepas berger kena bungkus tanda jenis berger, tengok customer mana lama tunggu dah dapat ke belum, kena ada customer service la, senyum ke, angkat tangan cakap kejap ke?… (Btw laki ko yang perasan kitaorg tunggu lama… dia yg busy grill berger tu tau, yg perasan..) bila semua dah setel baru lah ko boleh main letak2 salad dengan cousin ko yang ko sendirik cakap slow sehingga perlu bantuan… Tapi logik tak ko tolong letak daun salad atas SEBIJI berger yang dia tengah letak daun salad..? SEBIJI berger 2 orang assemble? Sorry la, kepala otak aku kata tak munasabah.. Ko orang penting, ko sendiri mengaku midfield player, kena lah bijak kontrol situasi…

3) Pada aku kan, bila korang dapat order beratus biji beger dari hotel, ko kena stop amek walk-in customer/tak payah bukak kiosk la.. sebab lama seh nak tunggu. Pastu kan untuk yang order by phone dengan walk-in customer, macam mana korang tag? Siapa sampai dulu and patut dapat dulu? Tak kesian ke dengan walk-in customer tunggu lama? Kan tak de tempat duduk/kerusi yang ada limited? Aku salute la korang punya bizness hebat, banyak order tapi benda kecik2 ni pun kena amek kira. Mendatangkan kemarahan tau tunggu lama sangat, lepas tu kerek, tak nak senyum, tak nak say sorry, come on la..

Akhir kata aku minta maaf sekali lagi kalau ko baca ni dan hati kau sakit. Hari tu ko sakitkan hati aku dan mak aku, hari ni ko pulak sakit hati..adil kan?

* Kena buat satu post sebab tak muat nak jawab kat comment..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>