Third Day of Raya ~ Part deux

Third Day of Raya ~ Part deux

Sambungan dari sini…….

Ini buah-buahan yang ada kat KEA Farm, aku tak pasti lah avokado, spesis buah ke apa, malas nak cari jawapan and lebih senang lumpsum kan keluarga buah je… (Matik lah post tukar2 bahasa…)

Suka tengok kaler dia, my peberet kaler nii….

Ini diaorang panggil cameron apple, tekstrur isi dia macam honeydew, rasa pun lebey kurang tapi kurang manis…. tak tau lah kalau2 yang aku beli tu muda lagi….

Dalam perjalanan nak ke KEA farm tu, antara brinchang dan kg terla ke apa ntah, kitaorang nampak ada warung kat tepi jalan jual benda ni….

Mesti korang ingat kelapa laut kan??? SALAH! Kitaorang pun cakap benda yang sama kat brader yang jual buah ni tapi dia kata buah ni nama dia buah toddy. πŸ˜› Tumbuh dalam hutan kat perak….

Jangan ingat buah yang besar bagak kaler hitam tu lagi banyak isi dia untuk ko mentekedarah…. brader tu cakap buah yang hitam and besar tu, buah tua, tak boleh makan gitu jek, cuma boleh buat air….

Ini rega dia….. buah yang kami beli tu RM13 + RM2 air toddy = RM15. Air toddy sedap, but mostly aku rasa sedap because campur air gula melaka or gula nissang not from the toddy taste itself.

Ni ler rupa isi buah toddy. Transparent, nak makan cungkil dengan sudu and the flesh will turn watery…. like magic! Rasa…. biasa je macam rasa air gula yang hampir tawar dengan ada rasa jelly2 sikit…

Lepas tu kami balik ke brinchang and singgah kat pasar malam…. macam-macam ada…. sayur, makanan, more sayur, more makanan…. boleh bangkrap la, kalau ikut hati….

Kau tak geram bedah tengok cili merah tu, gomok2… 2 paket RM5.00

Tak payah pergi cactus valley, kat pasar malam pun berlambak….

I loike! kalerful sungguh, seswey nak buat souvenir kat kengkawan…. comel!

Periuk kera klass gabanz, lebih baik panggil periuk beruk sebab besar…. RM20an ~RM 33an

Periuk kera ini telah menimbulkan ke pervert~tan saya… i think it looks a lot like a woman’s intimate parts…. hehe..

On the way balik, singgah kat boh tea plantation kat Habu. Jalan sempit dan curam, berbelit2 macam ulaq mabuk tapiiii…… i LOIKE! Sangat nyaman suasana disana, saya rasa happy walaupun en. laki protes banyak kali….

Ladang Boh yang nampak panas terik tapi sejuk dan nyaman suasana nyer….

Kedai cenderahati boh, best… unfortunately we did’nt get to do the factory tour because there were no manufacturing done on that day…

Kat dalam ladang boh ini juga ada MNS-Boh study centre chalets. Kita orang ada passby a group of houses macam dalam estet tu, agak nya kat situ lah dia orang punye chalets. Not bad tapi aku rasa aku tak akan stay kat tempat macam ni sebab jauh ke dalam~ jin bertendang, kalau malam harus lah menyerem kan, daah lah gelap gulita and tak ramai orang….. I have to say makan kat cafe boh tu lebih murah dari kat bharat, 1 earl gray-tangerine, 1 ice tea, 1 egg sandwich = RM11+ and that egg sandwich, makanan terbaikkk yang aku jumpa kat cameron! Β Roti lembut, telur banyak, rasa mayo, pepper, salad leaves, tomatoes, cucumber….. nyummm tiba2 nak makan egg sandwich πŸ˜›

* Mungkin sebab aku pergi cameron time raya, tak ramai orang melayu yang meniaga makanan bukak kedai, so experience aku agak limited. Masakan melayu di cameron SUCKS! Aku tak paham, ladang sayur keliling tau, sayur murah, would it kill you guys to put in extra fresh vegetables?! Satu tempat tu, aku makan nasi lemak, dah la sikit, kurang sedap, timun dia letak, ala-ala kecut ok? Kecewa beb! Makan nasi ayam perisa kuku hitam yang kotor berlundu… eeee geli geleman, kembang tekak aku, yang boleh tahan ~ in terms of rasa, pasar malam brinchang. Aku beli kuayteow goreng kerang yang sebatu satu, taugeh ciput tak dak sayur whatsoever, rega RM3, kalau mau tambah telur kalu tambah RM1, nasib baik ada rasa laa… En. laki beli ayam percik, quarter leg RM7.00 ~ wallauwey, lagi mahal dari JB Β woy! Kurang sedap plak tu…

Walaupun aku rasa cameron ni tak interesting dan tourist trap, aku nak pergi lagi…. aku suka nak borong sayur-sayuran yang segar, nak makan makanan kat pasar malam di udara yang sejuk macam dalam aircon, cuma next time kena sewa apt., boleh masak sendiri, puas hati, perut kenyang and no complains….. hehe πŸ˜€

3 Responses »

  1. i tak pergi pun butterfly farm masa kat cameron, memang tak de dalam senarai. yang i ralat is tak sempat pergi ladang mardi sebab tak jumpa jalan.. nampak nya ‘kena’ lah pergi lagi… hihi πŸ˜›

  2. i rancang nak g butterfly farm tu.. hee~ tp belom sampai… yg kat penang dah g dah… maybe bulan depan or awal tahun depan nak g yg dekat cameron tu.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>