Telok Sisek ke kita..?

Telok Sisek ke kita..?

Olla!,

Selamat menyambut tahun baru cina! Aku tau lah lambat dah…. tapi better late than never …. 😀 Ok..semalam, aku pergi ke Tg. Resang/Pantai Penyabong/Teluk Sisek/Pantai Pasir Lanun…. kenapa banyak sangat slash tu..? sebab aku memang pergi to all 4 places…. Sigh… bila lah aku nak belajar dari pengalaman, never EVER go anywhere during the long holidays …… Semua tempat penuh, PENUH ok! Dah la perjalanan dari JB to KT tu macam haram.. jem! Aku tak paham lah orang yang design jalanraya ni, kenapa besar kan jalan tu jadi 3 lane only to finally squeze it into one lane at the end!? Jem gila babi, sesak, everybody rushing and tak moh lebey kurang…. Aku stuck kat situ je dekat 1 jam. Bila dah lepas dari simpang ke Desaru baru smooth sailing, itu pun occasionally slow sebab terserempak dengan lori… (erkk! i thought they weren’t supposed to be on the road?)

So.. the night before aku dah prep bahan2 nak buat bbq, nak buat potato salad TAPI jeng, jeng, jeng…. mayo habis… :( sangat sentap! sebab aku dah rebus kentang and telur tu, biasalah confident, mayo memang sentiasa ada dalam fridge. So aku pergi online and cari macam mana nak buat mayo sendirik…. banyak site aku pergi and finally aku settle on this one tapi biasa lah si kepala batu ini (aku lah tu) buat sedap kepala sendiri, tak berapa nak ikut recipe lah..

MENJADI beb!! (riak lah ni..)

mayojulie

Memula aku bantai pakai olive oil, bila rasa sikit, bau olive oil tu kuat sangat so aku pakai pulak minyak masak cap buruh sajork… menjadi noks..! Aku sangat girang! Kalau kau tengok resipi tu, dia tak letak gula, just kuning telur, minyak, garam, pepper, mustard and jus lemon tapi lidah jawa ku ini tak boleh blah rasa dia… so aku tambah gula dalam 1tsp and tambah black pepper, baru lidah jawa ini approve. Sorry, gambar potato salad, lupa nak ambik….

Ini ialah pantai tg. resang ke apa ntah … aku pun lupa lah nama tempat ni tapi nak ke sini senang saja. Bila dah sampai ke penghujung jalan (bukan main road mersing – endau, ye..)  ada simpang nak ke telok gorek and penyabong tu, terus je ke jalan tar yang kecik tu… kat hujung tu lah tempat ni…

mayojulie-2

Me loike this place, not as hot as Batu Layar haritu… angin yang bertiup pun sejuk je… menyaman kan ketiak ku yang panas…. Ok..time to get busy…nak setup bbq sebab sudah kebuluq. Pukul 3 petang baru sampai ini tempat, itu pun dah puas gaduh, pusing sana, pusing sini, tempat tu penuh, tempat ni tak sesuai, tempat tu sunyi sangat…pendek kata memang puas gaduh! Sempat jugak en. laki rembat beberapa batang daun mengkuang sebab nak tunjuk kat aku skill budak kampung dia lah tu… sorry, gambar daun tu pun tak sempat nak snap kerana aku masa tu dah macam snap turtle…. tengah tak ada mood sebab lapar!

Ini lah bbq kami…

mayojulie-3

Kambing dan kepak ayam sajork sebab aku lupa nak bawak hotdog. Sangat sentap bila teringat sebab aku sangat suka hotdog yang bbq, juicy beb!

Ini suami ku a.k.a fire starter yang garang nak mampos! … sangat seswaiii dengan kaler kulit dia kan..? muahahaha…. sangat keji kutuk laki sendirik….

mayojulie-4

Rupa bbq yang hampir masak….

mayojulie-5

Aku makan sikit jek bbq sebab tak lalu nak makan, ada dua ekor budak asyik mengendeng… tak bagi, terasa diri ni kejam, tak berhati perut, tamak haloba nak mampus…. bila bagi kepak 2 ketul, tenung lagi, bagi lagi 2 ketul, makin rapat pulak bebudak ni, last-last aku suh en. laki panggil jek lah budak2 tu duduk depan aku, hah makan lah nak ooiii…… tak sampai hati auntie tengok…

mayojulie-6

Boleh tahan jugak budak2 ni makan, badan jek cengkudut tapi habis ayam aku diaorang kerja kan… kambing tu diaorang tak berapa suka. Maybe sebab gigi memasing tak cukup kot..? muahahaha!  keji kutuk anak orang….! Whatever lah… i’m not gonna write how i really feel about this, suffice to say lah, patut lah banyak bebudak sekarang ni hilang… nasib kita orang ni baik, kalau kena orang jahat? Masuk suratkhabar nangis2 pun tak guna, kak oooiii…. FYI, these girls ni umur dah 9 tahun and 10 tahun and anak orang tempatan.

Balik aku ikut jalan Kulai, first time beb wa ikut jalan ni…. Jakun… well tak jakun sangat lah sebab dah malam …. gelap tak nampak apa pun so tak jakun… hihi 😀 tapi perut adalah lapar lagi…. singgah kat tempat makan kat sebelah petronas, aku pun tak tau lah tempat tu apa nama… dah letih sangat time tu, perut pulak lapar…. Masa nak duduk tu aku ada perasan meja sebelah tu ada 2 orang perempuan serupa tak siap dengan seorang budak lelaki yang ada gaya lembut… aku tak ambik port lah sebab macam aku cakap lah aku LETIH n LAPAR! Aku order meehoon bandung, en. laki order char kuay teow. Verdict – meehoon bandung boleh tahan rasa, char kuay teow rasa garlic lebey..so tak sedap.

Bila dah on the way balik JB baru en. laki bukak cerita… si perempun tak sudah meja sebelah tu… dia nampak laki aku galas beg kamera agaknya, lepas tu aku pulak kan gemuk and tak se’glamer’ diaorang, boleh keluarkan statement; ni kalau aku tackle nih mesti boleh dapat nih…. Boleh Kah?! Patut lah masa aku makan tu aku terasa diaorang asyik toleh2, cakap and gelak kuat2 and menyanyi, MENYANYI ok? kuat2…… Masa balik tu pun selisih sebelah kereta diaorang, toleh bagai nak rak tengok aku. Menda lah lu minah, gua tak tergugat langsung… kalau rasa boleh dapat, tackle laa….. 😛

* Notak kakik – adakah laki aku yang perasan cun? perempuan tu buta? atau rekaan semata-mata…… misteri…..

3 Responses »

  1. hahahahaaa..
    seperti biasa, crita kau mcm david teoh, all stori into one, dri citer masak, budak tumpang makan and kes 2 budak pompuan tak siap..

    tapi kan, tak patut betul 2 budak kecik tuh mrayau2 sambil ngendeng kaunya bbq, felik betui. manakah parents mereka.

  2. hahaha… crita macam david teoh takpa… rupa macam david teo… sedeih… :((

    Dalia, budak2 tu anak orang local and aku perhati kan modus operandi dua ekor tu, dia akan mengendeng dengan mana2 family yang dia rasa safe and ala-ala tumpang sekaki join laaa….

    masa dia tengah makan bbq aku tu, ada budak lelaki datang macam samseng bantut jumpa diaorang, bawak motor tu! … i think he was probably at most 12 years old…. no respect at all in regards to us… datang macam penyamun kampung jumpa dengan 2 ekor tu… masa tu i really dah tak berapa berkenan dgn these kids… lepas dah habis balun ayam aku, depa dok melekat pulak kat another family yang baru sampai and tengah sibuk nak mandi laut….

    entah lah… one of those kids tu bapak dia kerja kat kolam udang kat situ, another one was keeping mum as in don’t talk to strangers tapi boleh pulak makan strangers tu punya food…. geleng kepala aku ingatkan…. erkk! jawapan sudah serupa macam satu entry blog… hahaha 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>