taleNtime, BBQ dalam hujan

taleNtime, BBQ dalam hujan
Semalam aku pergi ke pool party. Aku tak pernah pergi pool party so ada sikit jakun lah….. Tapi malang sungguh nasib hostess aku, bila petang tu, hujan turun tanpa belas kasihan. Masa aku sampai, laki dia tengah terkangkang nak mengangkut barang, pindah ke kawasan yang berbumbung. Anyway, BBQ still diteruskan, alah BBQ portable tu kecik je tak mendatangkan masaah langsung. Hostess masak meat stew, pasta pie, chicken kebab, potato salad and udang yg di BBQ tapi malangnya kurang sedap (tak de insuran mulut aku). To be honest aku memang cakap pun kat hostess, aku rasa masakan dia ada kureng, mungkin sebab dia kurang sihat, tu yang menjejaskan mutu tu…. (support beb support..) Apa sumbangan aku untuk BBQ tu? Minicupcakes…. dengan cream cheese topping. Tak tau lah sedap ke tidak tapi budak-budak memang suka lah benda macam tu. Aku rasa the main reason kenapa masakan kawan aku tu tak sedap is because dia nak cater to tekak kawan-kawan mat saleh dia kot… because most of the dishes kurang garam, kurang pedas (even black pepper pun ok apa..?) and tak ada cili sos for dipping ( a must kan for asians?) So, to mak semah if you ever stumble to this blog, i’m sorry, i love you but your BBQ sucks!

Lepas tu Mohdaa ajak tengok wayang, dah beberapa minggu dia ajak aku pergi tengok WATCHMEN, aku jek malas. Bila dah teringin nak tengok dah tak de pulak. So, we end up tengok Talentime. Yasmin Ahmad kalau buat filem mesti ala-ala kontroversi kan but i like it. Cinematography menarik, cerita so-so je, yang membuat kan cerita tu best were the actors. They were good eventhough most of them are newcomers and virtually unknown. Budak yang berlakon jadi Mahesh tu cute lah, remind me of someone. Walaupun dia tak de line dalam cerita ni (sebab dia pekak and bisu, which i only realised about halfway through the movie), his face expression was so good, you literally feel his joy and pain. Si adik beradik Melur tu pulak cakap melayu ada slang-slang, boleh dimaafkan lah sebab diaorang tu melayu celup (the father is of mixed blood) tapi macam kelakar jek bila dengar diaorang nyer conversation.  Azean Irdawaty, tak payah cakap apa lah, she is the best.  The songs in the movie memang best, buat aku melelehkan air mata. So pada aku best lah, aku bagi 2.5 bintang out of 5.

Eventhough this is not a funny movie, there were a few funny and memorable lines from it :

Cikgu Tan to Cikgu Anuar;

  1. ‘Lain kali kalau kau buat lagi, aku tendang bola kau’
  2. ‘Tak tahu talentime sudah kensel kah? waaaa..ketat baju, seksi…. weewit, weewit’

Nenek Melur (Mat salleh); ‘Did she just said arse? When i was young, arse is a favourite word of mine. Now it’s Dick.’ (This one is priceless, how they get passed the censorship board is beyond me but i applaud you, Madam Yasmin)

*Edited to add;

Mohdaa cakap watak Jit Murad tu gambaran malaikat maut. He said this is based on the dialogue:

  1. Masa Jit mula-mula tegur Azean, dia tanya pasal solat and nasihat jangan lupa solat even sakit pun.
  2. Masa Azean tanya Jit dah lama ke naik kerusi roda, Jit jawab, tak juga selalu nya dia terbang sambil ketawa (aku ingat saje je lawak bongok)
  3. Masa Jit bagi Azean buah and then Azean mati

Tak sangka laki aku yang selalu nye macam takde perasaan tu boleh perasan benda-benda macam tu. It reminds me why I fall in love with him in the first place. Dia peka and sensitive (when he wants to be). Aku, masa tengok Jit murad, all I could think was, kenapa Jit kurus sangat? Sakit ke dia? wow….he’s old….. haha..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>