Takoyaki @ Bola paul….

Takoyaki @ Bola paul….

Lately ni, it gets harder to update this blog…aku nak tulis benda yang kelakar tapi hati tak de mood nak buat lawak bodoh… hati asyik ingat nak makan je… mentang2 lah bulan puasa lagi 2-3 hari lagi… ishhh! bencik! bukan benci bulan puasa tapi benci lah nafsu nak melahap ni.. sudah kronik… tadi lepas mahgrib, setelah satu hari membongkang kat rumah and sanggup break appointment nak pi melawat orang meletup (mati lah kalau orang tu baca blog ni sebab aku tipu dia kan…) aku ogah en.laki pergi Jjusc0 sebab aku nak makan menatang ni.

Line nak masuk ke parking Jjusc0 panjang tadi, wtff??? hari-hari penuh… apa banyak sangat duit orang2 ni, hari2 pergi Jjusc0, mintak sikit aah.. Anyway, mungkin ramai orang nak makan takoyaki hari ni sebab tepung tako tu tinggal 2 je and bonito flakes yang aku nak pun dah habis, tinggal yang jenis aku kureng gemar tapi sebab tekak sudah menjerit, beli gak la… Mahal sehh, mayonaise jepun tu dalam RM17+, Tepung tu dalam RM11, Bonito tu murah RM5+, murah lah sebab halus2 and pecah macam serbuk, sontoloyo tul…

Balik rumah, dah puas rilek macam badak sumbu, aku pun tackle lah menatang ni. Aku tak de pan takoyaki tu, nasib tak berapa baik sebab tak de kawan kat jepun, boleh kirim belikan… tapi tak pe, pakai pan muffin pun boleh dok… Bila dah bancuh tepung tu, baru lah aku sedar betapa untung nye mereka yang meniaga takoyaki ni….. 100gm tepung tu boleh menghasilkan more than 10 balls easy. Diaorang jual RM4+ ~ 3 biji. Untung woo…!

Aku buat pakai surimi, filamen berperisa ketam (pelik ek… ikan tapi diberi perisa ketam.. ntah hapa-hapa), mana nak cari tako a.k.a sotong kurita kat jb nih. Lagipun aku elergik nanti gatal2 macam nak menangis menggaru. Lagiiiii…aku sub letak daun bawang dalam takoyaki aku tu sebab bila tak de daun bawang macam muak plak. Sos hitam tu, aku buat sendiri pakai kicap lipas udang, sos perisa maggie (yg botol bergetah tu), sos tiram and sedikit tepung jagung bancuh dengan air kasi pekat sikit… ok ┬árasa dia, lulus dengan cemerlang… sama je macam yang jual tu..

Amacam? Ngences tak air liur ko? Eleh…. aku tau, ko jeles kan….. Apa kata aku jadikan, salah satu hidangan time raya nanti? Muahahaha….. Jangan harap…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>