Tag Archives: makan lagi

Resepi Kerabu Mangga Simple

Resepi Kerabu Mangga Simple

Kan aku dah cakap, memang tak masak punye untuk berbuka puasa time2 keje ni…except for semalam. Tapi tak dan nak amek gambar, letih bebenor and masa tu hp charge… haha

So, untuk tak menghampakan ntah siapa pun aku tak tahu, aku nak share ler simple resepi of Kerabu Mangga. Sebelum ni dah tepek kat FB, aku recycle je lah kat sini. Senang nak cari… hihi Let’s tengoksss —->

 20150428_202251First of all to make kerabu mangga, you would need…duh… mangga. Preferably mangga muda. Lepas tu kopek kulit dia and racik macam ni. Aku setelah bertahun and countless frustration, jumpa dengan menatang kat bawah ni untuk menyenang kan hidup bila nak buat kerabu. Brand Fakelman jumpa kat Giant… haha

20150428_202309

Bahan lain yang diperlukan :

  • Mangga muda
  • 2 ulas bawang putih
  • 1-2 biji cili padi
  • udang kering
  • sos ikan / nampla
  • Ikan bilis goreng
  • sebiji bawang merah – hiris halus
  • kacang gajus
  • tomato
  • limau kasturi/nipis
  • garam & gula

Sebenarnya pada aku, nak buat kerabu ni tak ada specific resepi. Ke…. memang style aku masak memang tak pernah nak ikut law. Ikut sesedap rasa je… hahaha tak tau lah… yang penting, makan sedap.. Bawang putih tu tumbuk dengan cili padi sampai lumat, letak dalam mangkuk mangga yang dah diracik. Tumbuk udang kering yang sudah di rendam dalam air panas sehingga lumat. Campak dalam mangkuk tadi, pendek kata semua main tumbuk, campak, tebor lah….

20150428_204002

 Lepas tu gaulkan sehingga mesra, rasa garam gula nye, dah siap! Senang keje… Ishhh tengok gambar ni, teringat pulak kesedapan dia… hihi. By the way, pakai mangga muda yang hampir masak lagi sedap!
20150428_204309

Ni rupa selepas digaul rata. Sorry gambar yang plating cantik2 tak ada…. Tak ingat nak amek, dah gelojoh nak makan… Sebenarnya aku ada buat video pendek macam mana nak guna peeler kat atas tu. Buat tu pun atas permintaan kawan kat FB, aku pun apa lagi gedik je lah buat… nanti lah aku share kat sini, update pakai hp ni susah dong!

Babai!