Tag Archives: ko ado

Makan-makan and more makan….

Makan-makan and more makan….

Aduhai, memory handphone dah nak burst banyak no gambaq makanan aku ambik….. nak delete sayang, so mari kita share kat sini…

20150508_234846

Ini beef straganoff. Mat salleh buat pakai button mushroom, aku tibai pakai king oyster mushroom, mat salleh pakai sourcream aku tibai jek yogurt…hahaha

20150504_221645

¬†Buat bubur sebab ada stock sambal hijau. Boleh guna buat rencah goreng sayur and as sambal condiment. Yang lain tu enteng jek, goreng ikan bilis, telur letak chai poh and serunding daging. Siap!! Makanan untuk orang malas…. hihi

20150509_215951

Nasi goreng ni pun guna sambal hijau instant and leftover ayam kicap… haha dasar pemalas kan…yang penting sedap dan perut kenyang…

20150511_203615

Pucuk labu siam masak lemak dengan udang… makan dengan ikan pekasam….pergghhh!! Nikmat!

20150511_203620

 20150511_211715
Ini puding buih. Aku buat sebab teringin nak makan tapi kejadian tak berapa menjadi sebab bawah dia tu lapisan lengkong. Salah sendiri sebab tak paham resepi…hahaha tapi puding ni manis sangat, i no loike. Kalau and a BIG kalau, aku buat lagi, aku nak kurangkan gula dia sampai separuh.

20150517_130557

Laksa Penang..favourite food tapi jarang buat. Aku pun tak paham kenapa…? Hahahaha… malas ok…

20150517_132018

Asam Pedas Ikan Bawal Putih…ikan tu aku beli kat Kg Pasir Putih…punyalah jauh merayap nak beli ikan… hahaha lepas tu peram seminggu dalam peti ais baru masak…

20150518_202401

Asam Rebus Keladi. Batang keladi beli kat tepi jalan on the way balik from Pontian. Masa tu cousin aku nikah… Yo, sekarang batang keladi pun dah mahal looo…

2015-06-06 21.43.25

Kejadian amat mengerikan, punyalah malas, nak keluar pi makan kat kedai malas, nak masak malas tapi nak makan rajin, terpaksa lah kita makan leftover masak tomyam putih ayam. Tengok goreng telor dadar pun rentung, gara-gara malas….. hahahaha

Ok lah…upload ni dulu. Yang lain tu aku nak sertakan dengan resepi, senang nak cari later on bila teringin nak masak….