Spaghetti ke Pasta?

Spaghetti ke Pasta?

Malas nak type banyak2, tengah sakit kepala tapi still gatal nak update blog sebab jealous tengok blog orang lain update…boleh?? Ni beli kat Tesc0, biasalah benda pelik mesti gatal nak perabih duit, beli…

spagati-4

Aku suka tengok rupa dia, macam renda-renda, fiza plak cakap macam sotong… tang kat mana yang macam sotong, kurang pasti… 😛

spagati-3

Masak sos bolognaise tapi kali ni ambik inspiration dari blog pija. Tengok resipi dia macam best, so harus cuba…. Bila dah cuba memang tak mengecewa kan, sedap – tak masam langsung, kalau authentic italian resipi kan masam… boleh buat lagi ni…

Bahan2 sos bolognaise inspired from pija :

  • 2 biji bawang besar -kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 5 biji cili padi – kisar
  • 3 tbsp tomato puri
  • 1 tin kecik bake beans (100gm) – kisar
  • 1 tin cherry tomato – 400gm
  • air dalam 1 tin bake beans tu
  • 300gm lean mince meat
  • 1 mangkuk cendawan dalam tin – hiris

Cara :

  1. Tumis bawang and lada yang sudah dikisar hingga naik bau and kekuningan
  2. Masuk kan tomato puri and kacau
  3. Bila dah macam pecah minyak, masuk kan daging kisar yang sudah dicuci dan di tos kan, masak hingga daging nampak masak
  4. Masuk kan pulak cendawan, tomato dalam tin, kacau2 and baked beans yang dah dikisar, kacau
  5. Bila kuah nampak pekat, masuk kan air tadi, season dengan garam and gula
  6. Reneh kan selama 1/2 jam, siap untuk di hidangkan dengan spaghetti or pasta pilihan anda…

spagati-2

Sedap bangat! Mak dan fiza pun cakap sedap, spaghetti yang sudah dimalaysia kan…sesuai untuk tekak 1 Malaysia. Aku makan sampai tambah 2 pinggan ~ buruk lantak kan.. nasib lah….. sebab makan 2 pinggan, gambar spaghetti yang seksi ni pun kena letak dua juga, supaya korang semua kecur and terpaksa masak or beli……. muahahhaaa…. Kalau tak kecur, aku peeeeeduli hapa???

spagati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>