Soto Ayam

Soto Ayam

soto-ayam-2

Soto Ayam pada aku, sup ayam yang dimakan dengan nasi impit, harus ada bergedil, kacang tanah goreng, taugeh celur, keropok mehoon (meehoon goreng terendam sampai kembang macam keropok) dan wajib ada sambal kicap. Sambal kicap ni lah penentu samada soto ayam tu sedap atau tidak. Sambal kicap mesti pekat and PEDAS! sampai boleh meleleh hingus lagi ngetop! Ini soto yang aku buat hari tu, en. laki tak makan soto ayam, dia cakap dia tak reti nak makan sup dengan nasi impit, jakun lah mamat tu! Semua benda kalau berkuah, memang kerat  jari, dia nak makan dengan nasi impit. Jamah sikit je, pastu tolak tepi… patut lah sliimmm. Penyudah nya aku gak kembang sebab tolong habiskan….(alasan sangat, ngaku jek lah burok lantak! hihi…) Kalau dah kahwin dengan orang jowo, kenalah belajar makan makanan orang jowo kan? So, untuk en. laki mee hoon soto tak moh taugeh…gedik tul.. Actually, aku tak pasti pun whether soto ni makanan orang jawa, cuma aku teringat masa aku kecik2 dulu, bapak aku pernah bawak aku makan soto kat bus stand lama Pontian. I think it was my first experience makan soto (sangat pedas and sangat sedap!)  and aku teringat bapak aku cakap; hah makan ni, soto orang jawa buat, ada kacang tanah and meehoon goreng ni, wak ni buat sedap! Susah nak cari sedap macam ni…. haaaaa so kepala hotak kecik aku sudah imprint lah soto masakan orang jawa… sila komplen kat bapak aku kalau tak puas hati ek…?

Aku masak ni lepas balik kerja sebab teringin…..masak pun lambat, ye lah, penat kan balik kerja, pergi supermarket cari bahan, balik terus pergi dapur, pastu orang tua kat rumah ni bebel2… lapor, lapor…. stress aku nak masak! Bergedel pakai crinkle cut fries and daging burger sebab nak cepat and stok daging cincang dah habis, tak sempat nak beli… Aku list kan rempah untuk soto kat bawah, ini untuk aku sebenarnya, selalu masak ikut sedap rasa, kadang-kadang lupa.

Rempah soto:

equal amounts of:

  • serbuk jintan manis
  • serbuk jintan kasar
  • serbuk garam masala
  • serbuk ketumbar (double portion)

Bahan kisar:

  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • lengkuas} ketuk aja tak payah blend, masuk lepas dah tumis bahan kisar
  • serai        }

Bahan penumis :

  • kayu manis
  • bunga lawang
  • cengkih
  • pelaga

Yang paling penting : stok ayam

Bahan bergedil :

  • kentang french fries
  • bawang besar potong dadu halus
  • daun sop & daun bawang
  • daging kisar
  • sedikit serbuk kari
  • sebiji kuning telur
  • perasa garam & lada sulah
  • putih telur untuk golek2 sebelum goreng

Nyuummm~ sedap!

soto-ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>