Sessi Malas Masak Tapi Sengkek – Odeen, Larkin

Sessi Malas Masak Tapi Sengkek – Odeen, Larkin

Masa ni ialah salah satu hari yang sangat malas nak masak tapi tekak mengada2 nak makan sedap, lepas tu poket sengkek… heheh.. Buat keputusan untuk makan kat Odeen kat Larkin, dulu nama kedai dia Papajoe. Mungkin dah tukar owner sebab tu tukar nama… Kedai ni macam biasa, kedai2 makan yang ada kat larkin, jenis yang dalam laman rumah orang, itu tak kisah la… sebab kedai very well lit, tak de lah ko teraba2 takut termakan lipas ke cicak (macam kat tempat satu lagi tu.. 😛 ) Aku order..jeng, jeng, jeng…. chicken chop…

Menarik kan..? Tunggu pun tak lama sebab orang tak ramai tapi kali ni adik ipar aku yang terkena, kway teow goreng dia, orang tu lupa nak masak… nasib baik member tak mengaruk, just order lain saja… Harga chic chop diatas ini ialah RM10 sajork! Rasa… ok lah… rasa ayam, tak boleh lawan IT ROO cafe TETAPI puas hati sebab ayam tu tebal dan juicy dan ada coleslaw (my favourite)!

Ini ialah nasi goreng USA – harga RM5.50. Ada daging masak merah, ada telur mata lombu DAN sup kosong free… Adik aku kata tak boleh lawan nasi goreng kat taman cempaka (agaknya lah..aku tak ingat) tapi boleh makan la… In the end… harga untuk makan malam tu ialah RM25 – 3 orang makan. Chic chop, Nasi Goreng USA, air longan 2, air laici 1, otak2 ayam 5 pcs, dan Nugget. Murah! Walaupun dishes yang dihidangkan tu asyik kena compare ‘tak boleh lawan sana-sini’  tapi overall experience was puas hati. Boleh datang lagi… Odeen juga ada sediakan hidangan set menu dengan harga dan rasa berpatutan. Aku suka siakap stim limau dan siakap 3 rasa dia… sedap! Jom makan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>