Sepetang di Kukup, Pontian, Johor

Sepetang di Kukup, Pontian, Johor

Hari tu aku pergi jalan-jalan ke Pontian…or as Ita and i call it, P0land…. ok lah tu P0land Malaysia. Pergi sana tengahari, perut dah main lagu keroncong, the only tempat makan yang aku tau, yang available tengahari ialah yang dekat bas stand lama tu…. Bila sampai, laki aku makan nasi campur and aku makan nasi ayam… heaven.. sedap ok. Susah nak cari nasi ayam yang sedap kat jb, but this one, memang puas hati. Sangat terasa rempah ratus dan masin garam… 3 BINTANG! sebab kawasan panas….makan sambil ketiak becak adalah sangat anti-climax … Sorry lah aku tak ambik gambar sebab terlalu lapar and malu…. Nama gerai yang aku pergi tu, KIMIE Nasi ayam… hari tu makan + air 2 = RM10.00. Sangat Murah…!

Lepas makan, masa nak balik, aku ternampak burung ni tengah makan apa ntah…. panjang, macam ular. Laki aku cakap dia makan ikan belacak, tapi aku tak percaya sebab nampak terlalu panjang to be one. Bila aku perati kan, cara burung ni makan, dia menyudu kan paruh dia ke dalam lumpur… sampai paras habis paruh dia… sampai nak terbenam lah kepala dia dalam lumpur… heee… sangat mengasyik kan… nampak macam bangau but besar…Then laki aku cakap mungkin dia makan, cacing laut or wat-wat (tak tau lah… bahasa orang mancing nih..), aku rasa maybe that’s it lah… sebab memang serious panjang menatang yang dia makan tu…

botak

Bila perut dah kenyang, kitaorang pergi kedai jual kain, nak cari kain buat gebar… apa?! tak tau gebar tu apa…. ishhh! selimut lah… Kalau kain gebar yang kotak-kotak tu kami suka sebab sejuk… erk! motif pakai gebar tapi nak sejuk..? haha… Malaysia ni kan panas, mana perlu pakai gebar tebal bagai… lagipun bilik aku tak de air-con, jadi 90% of the time gebar tu cuma pakai buat halang nyamuk and sejuk time dinihari je…kalau tebal sangat berpeluh plak..rimas! Beli baru sebab selalu gadoh dengan laki aku rebut gebar and yang ada tu mamat tu dah koyak kan… tak tau lah aku dia pakai macam mana sampai koyak rabak…. (dia perasan dia wolverine… puhlezz lah… nak terbalik bijik mata aku..) Anyway, harga gebar tu sekarang RM8.80 semeter, aku kecek mintak kurang,  budak tu bagi RM8.00.  Ok lah tu, malas aku nak haggle lebih2. Beli 3 meter baru RM24-00. Puas hati! Pun tak ambik gambar …sebab malas…

Lepas beli gebar, kami teruskan perjalanan ke KUKUP. Selalu nyer orang datang KUKUP nak makan seafood tapi aku punya niat pergi sana untuk naik bot…. boleh? Satu benda aku tak berkenan kat kukup ni, tempat parking dia, jauh dari jeti and tempat makan. Hari kan panas, nanti basah lah ketiak gua, pakai tudung and baju lengan panjang bagai. Dah la hari tu aku pakai baju koton tebal… dan yang paling penting, aku dah gemuk, penat nak jalan jauh2….. hehe

bot-ke-kapal

Bila dah sampai kat jeti tu, tak nampak pun ada kounter pasal nak naik bot ronda2 kat pulau kukup ni… Aku suruh laki aku tanya tapi dia mesti nak cari gaduh dulu kan… tak mau tanya, nak cari sendiri gak… geram tau gua! Dah lah penat kena jalan kaki, panas pulak tu… mamat ni buang masa lah, last-last tanya kat pak guard (kan senang, degil..)… Bila dah jumpa tokey bot, kita orang pun naik lah bot nak pergi pulau kukup…excited nih… :) Fare untuk 2 orang pergi balik ialah RM15.00 and dia akan hantar kita ke pulau kukup and bawak pergi ke tempat bela ikan…

gigih

On the way ke kukup island, lalu tepi2 sangkar bela ikan and ternampak orang ini… sungguh gigih bekerja membersihkan jaring.

kukup-island-recep

Yeay! dah sampai… turun dari bot and naik ke entrance pulau ni. Kena bayar entrance fee RM5.00 seorang. Aku tak kuasa nak masuk ke dalam paya bakau tu sebab penat lah nak menapak. Aku lebih suka dok melepak kat depan, angin banyak, perut kenyang…. mata pun mengantuk. Nak aje aku landing tidor… pak kal lah..papan-tanda

papan-tanda-2

Laki aku pun tak masuk dalam sangat, alasan tak moh tinggalkan aku kunonnn… mesti dia pun malas nak jalan jauh2… Kat dalam ni kita boleh menikmati alam paya bakau, kalau nature lover mesti lah suka kan… Ada jambatan gantung lah kat sini…

papan-tanda-3

Tapi idak ler aku menerai nyer… gila ke apa ko? ko tengok rupa dia..

jambatan-gantung

Mau roboh kalau aku yang lalu atas tu…. hiiiiii tak apa lah terima kasih… baik lah aku dok melepak menikmati deruan angin yang sangat best nih… Aku dah tau dah nama burung yang macam bangau tu….

botak2

Mentang-mentang lah dia buruk… sampai hati nama kan dia burung botak… hehehe….

Sambung part 2..

4 Responses »

  1. tak perlu jeles… ko nak ikut naik bot? jom!! RM15 sajork for the 2 of us… tapi cakap kat apek tu, wa tak moh tulun aa apek..mau londa-londa aje.. ko rasa apek tu marah tak..?

  2. tak de makna nyer…. tahukah ko bahawa orang gemuk ada pelampung semulajadi, penebat tebal punyerrr…..
    tak caya meh sini aku benam ko dalam swimming pool mesti tak tenggelam lah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>