Seperti Gajah Jantan Naik Minyak…

Seperti Gajah Jantan Naik Minyak…

Aku tak de lah pengalaman tengok gajah jantan naik minyak tapi aku suspek gajah kalau dah naik minyak tak kira jantan ke betina mesti ganas punyeeee…. Hari ni, aku suka lah pulak nak mengutuk mak-mak orang dan anak dara-anak dara orang kat opis aku tu. Diaorang ni kalau nak pi membeser kat toilet, tutup pintu ganas betul. Tutup pintu ke, bukak pintu ka, tak kira lah, mesti belebang, belebong…nasib baik tak tertanggal pintu tu… Buat nye satu hari nanti tertanggal, bior padan dengan muka gajah-gajah tino tu.. membeser la korang dalam toilet ternganga….

Aku tensen betul bila time aku nak memerut, ada gajah naik minyak menghempas pintu, tanjat timah! Terkegezut taik aku, terus tak jadi nak keluar….bila taik tak keluar, toksin dalam badan, bila toksin dalam badan, kepala pelak mereng, bila kepala mereng…? Haaaa sendiri mau ingat laaaa…. 😛

Tadaaaa… berjaya jugak aku membeli putu bambu ni kat Kg. Melayu – Restoran Rafi. Dekat2 medan selera jugak la. Aku tak tau la orang lain tapi bagi aku, yang duduk kat kawasan bandar ni, susah giler nak cari putu bambu. Dulu-dulu masa zaman pasar besar kat City Square and teksi stand kat depan komtar, melambak-lambak orang jual putu mayam, putu piring, putu bamboo, apam balik, pisang goreng, apa saje goreng, pendek kata segala neka makanan la…. Time tu tak de pulak aku nak membeli…(time tu mana ada duit pun… tengok je la …. sedih :( ) Sekarang ni, bila teringin nak makan, nak cari punya lah susah… kadang-kadang kalau jumpa pun tak berapa sedap…. sigh…. BUT yang kat restoran rafi ni sedap! Lembut dan tak lokek gula and kelapa…. Rasanya 5 biji RM2, hehe aku tak tau sebab bukan aku yang bayor…

Okies.. itu saja nak titon…. hehe

One Response »

  1. Salam Berminat nak niaga Kiosk Nani Putupiring dengan Pinjaman disediakan oleh pihak Tekun call saya 0134220989

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>