Selamat datang 2010!

Selamat datang 2010!

Dah masuk hari ke dua tahun 2010, baru  sempat nak update blog.  Baru balik dari KL…hehe…penat berjalan masih belum hilang.

Walaupun new year eve aku kat KL, kitaorang lepak dalam bilik jek, tak sanggup meredah kesesakan jalan raya… lepak dalam bilik sambil makan kepak ayam madu yang dibeli kat kedai belakang Breem Mall tu, sedap!

jenjalan-kl-3

testing ambik gambar…..

jenjalan-kl-2

Bunga api dah bermula…….

jenjalan-kl

Habis jek bunga api, adik aku dah belah bilik dia, aku laki bini pengsan kepenatan. Siang tu pergi ke Genting Highlands. First time seumur hidup aku yang 37 tahun nih naik ke Genting Highlands. I think it will be the first and the last time aku pergi. Aku mabok on the way up, on the way down and also in between, masa main DUA yes cuma DUA game ride kat park tu…. the corkscrew rollercoaster and pirate ship. OOoohhhh…. tobat dah… tak moh lagi..!!

jenjalan-kl-5

kena serang dengan nyamuk… haha…

jenjalan-kl-4

Day before kitaorang pergi Aquaria kat KLCC…. i loike!

jenjalan-kl-6

Sempat singgah di Melaka sebab ada orang sibuk nak beli selipar kat Jonker Walk….

jenjalan-kl-7

jenjalan-kl-9

Aku suka concept colour kedai ni.. ceria dan sangat artsy tapi sempoi, pada aku lah..

jenjalan-kl-8

Jonker Walk banyak bangunan lama yang cantik……

jenjalan-kl-10

orang pun sangat ramai, sampai dah macam ulat taik! Aku rimas dan lemas..!

jenjalan-kl-11

Apa pun… kami dah selamat balik ke JB. Semoga tahun 2010 akan membawa keberkatan dalam hidup kita semua…insyaallah!

jenjalan-kl-12

5 Responses »

  1. weh, sgt suka jonker street, masa 1st time going there lepak kat puri hotel, in between the old building. and had a great nyonya food just across the street.

    erk, saya 33 juga tidak pernah ke genting hihgland dan aquaria perlukah tunggu umur 37?

    :), hepi new year

  2. Dalia,

    definately kena tunggu sampai 37 tahun..(betul ke eja nih..)… tak rugi apa-apa… unless benda2 itu sudah tiada… or kita yang tiada..? hehe…

    jm,
    naik genting tak best… mabok wooo…., jalan2 kat genting pun kurang best, poket mabok…. cuaca genting jek yang best sebab budak debab ni ( i ler tu) jalan2 tak peluh sebab rasa macam dalam aircon… 😀

    lee lin,
    i think you might be right… tapi apakah aku still akan mabok seperti minum todi juga…?

    DR,
    Jangan main judi nanti poket kau mabok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>