Sehari tak emo tak sah…

Sehari tak emo tak sah…

Hari ini aku emo lagi….. but then what’s new kan..? Jiran sebelah rumah buat kenduri kahwin, biasalah musim cuti sekolah ni….. Alhamdullilah, berdiri sebuah lagi masjid…. yang tak best nyer, jiran aku ni sengal bin batu lah…. Dah lah lagi seminggu nak buat kerja kahwin, masih lagi merepair rumah, dibuat nyer bumbung rumah dia tu ngam-ngam soi dengan sempadan rumah aku. Aku rasa majilis bandaraya johor bahru ada law about this things lah, kena ada 10 feet difference ke apa from the next door property ke apa? So orang tua kat rumah ni dah sakit dada memikir kan perangai jiran yang sengal ni, nak di tegur nanti masam muka tak di tegur harta sendiri jahanam…. So hari tu, dia sudah sound sama itu kontraktor, dia tanya: ni buat ni kekal ke sementara? Kalau kekal saya nak report kat MBJB, salah ni… Kontraktor tu cakap: eh, jangan lah pakcik, kesian dia nak buat kerja kahwin… Tengok…, tak pasal bapak aku jadi villain sebab kesengalan manusia ni and the next day, en. sengal dah masam muka tak moh angkat tangan bila lalu… sigh :(

Malam ni pulak, dia pulun parking ramai-ramai depan rumah aku. Ok lah sedara mara ramai, aku paham, tapi boleh tak, jangan parking sampai setengah pintu keluar pagar rumah aku kau block? Sedangkan kat depan sikit tu ada kawasan lapang yang boleh korang jadikan parking lot. Merancang hari yang indah, nak sambut dengan keluarga tercinta dan sahabat handai, rancang lah sekali tempat nak parking kereta supaya jangan sampai menganggu laluan jiran nak keluar masuk rumah sendiri. Emo betul aku! Keluar modal upah orang potong rumput pun berkira! Bila adik aku nak keluar kereta susah, dia henyak nye minyak mengaum2 baru lah nak alih kereta masuk ke padang tu…. sigh :( pakai je kereta besar tapi otak sempit!

Oh yes…. in case you were wondering, it is the same neighbour that throw the dead cat carcass to my house and didn’t mentioned it until our house smelled like death came for a visit. Happy times….. I know one of the adab berjiran didalam islam ialah menutup aib jiran and i am breaking the rule here tapi gua sudah tak tahan lah dengan perangai mementingkan diri dia…. Sorry en. sengal…

2 Responses »

  1. Aku baru nak tanya ni jiran ko yg mulia lempar jenazah kucin tu dulu…..owhhh dia juga…apa kata ko yg pindah wakakakaka. But seriously susah ek nak menjadi seorang jiran yg berhemah cemni….aku pun makan hati nokkk

  2. aku nak kena pindah? dia lah pindah… asyik puji singapura best, sila lah pindah ke sana, ye tak?…. tapi aku nak puji jugak lah… masakan kenduri dia memang sedap, tak sia-sia memekak kan telinga, anak buah dia dok pektis kompang depan rumah aku pukul 12 malam tadi…. he… :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>