Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai

Dulu aku dah pernah tulis pasal petai kat blog lama so malas lah nak korek balik. Hari ni nak cerita betapa sedap nya makan petai, nak-nak bila dapat petai muda….wallah… sangat sedap macam makan kacang. Bila kencing pun tak berbau petai …seriyes! Cerita pasal petai ni kan.. aku teringat kat ada satu pompuan ni, alah… yang cerita dia beli plasma TV 42 inci simpan dalam bilik tidur jek tu, dulu masa aku baru masuk kerja kat sini, time lunch kitaorang tapau makan kat pantry, so aku seperti biasa kalau ternampak petai mesti tak boleh lepas peluang untuk melantak, pompuan ni sound aku dengan muka yang macam geli laa…; eh ko  makan petai..? aku tak boleh nak masuk la…. eeeee…… HALLO! geram nye aku! Kalau tak suka, ada aku kesah? tapi jangan lah buat muka macam benda yang aku nak makan tu taik! Sangat sentap okay jiwa ganas aku nih…. Dah tu pompuan nih, setiap sayur kampung yang aku suka cekik, macam pisang muda masak lemak ke, batang keladi masak asam ke, ulam-ulaman ke, tempoyak, budu, apa je lah… dia akan wrinkle up her nose macam geli siak… and the irony of it is… dia ialah anak felda, budak kampung ok… macam geli sangat dengan sayur kampung… Nyampes bangat! tapi tuhan tu maha kaya, hari tu aku nampak dia makan sambal petai….. hahaha… tu lah, jangan meludah bersepah-sepah tup-tup sendirik jilat balik siap ada petai….hahahaha….

Sambal Udang Petai

Rempah :

  • 10-20  dried chillies (de-seed and soak in HOT water) *
  • a small bowl of shallots *
  • a knob of belacan *
  • 4 pcs candlenuts *
  • a small bowl of petai (i prefer to slice it a bit to see if there’s any worm inside – high protein and yuck factor!)
  • about 300gms prawns – shelled and deveined (i didn’t because i kinda like eating prawn poo)
  • a small tomato – chopped (because i’m out of asam jawa)

How to:

  1. Blitz everything marked * in a blender until fine
  2. Heat oil in pan, when hot fry your rempah until pecah minyak
  3. Put in the chopped tomatoes, stir and wait until tomato break down
  4. Put in the prawns and mix well, seasoned to taste with salt and sugar.
  5. After 10 – 15 minutes, stir in the sliced petai and stir somemore for another 5-10 minutes (i like my petai to be al-dente).
  6. Serve with hot rice, malay omelete, sliced cucumber and kicap manis cap kipas udang!

Hmmmmm…sedap!

sambal-petai

3 Responses »

  1. aiyoyooooo sedapnya sambal ko tu…kalau aku..time2 tu gak masa nampak dia cekik sambal petai tu aku sound kaw2.

    senang2 ko masukkan resepi sulur keladi masak asam boley..hehehe takpun bila ko masak, ko calling2 aku..nanti aku datang bawak mangkuk tepen…

  2. kak..kite rase kawan akak yg Tv plasma 42 inch tu..mesti asal dari Felda Tenggaroh tak??
    ala2 Memey Suhaiza gitew….hohoho..

  3. JM,

    sulur keladi susah mau jumpa woo…. batang keladi yang selalu jumpa kat pasar pun susah aku nak masak, ini kan piuler yang aku susah jumpa…
    rasa nya ko simpan je lah dulu tepen ko tu….

    Budak kecit,

    elehh….sebut-sebut, ko minat kerrr? Tapi felda tenggaroh memang lah ulu, jalan teruk pulak tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>