Sambal Kacang Sotong Kembang

Sambal Kacang Sotong Kembang

Hari ni aku nak cerita pasal masak sambal tumis dan yang sewaktu dengan nya. Cili kisar ni  lah bahan paling, paling penting kalau nak buat sambal (bukan sambal belacan tau!) . Kalau tak de cili kisar,  jangan nak memandai bagi nama sambal. Sebenarnya, aku ni hidup dah nak masuk patploh tahun tapi baru la ni pass masak sambal… Sedey kan :( ? Ye lah, selalu tu memang lah boleh masak sambal tapi pada aku tak sedap, baru 2-3 tahun ni aku rasa …. boleh lah …. So, bila sudah kisar lada terus buat sambal kacang sotong kembang sebab sotong kembang tu dah lama beli, tak masak2 lagi.. Kalau nak ikut kan, aku bukan boleh makan sotong, nanti kaki gatal2, menggerutu dan memburuk…tapi sotong kembang ok kot..?

Bahan2 seperti biasa :

  • 1 mangkuk cina ~ cili kisar basic yang di campur dengan 1 ibujari belacan, 1cm lengkuas dan 1 cm halia (kisar sampai halus)
  • 1 btg serai ~ ketuk2
  • 2 ekor sotong kembang small size
  • 3 tbsps kacang tanah tumbuk (beli yg dah siap aja)
  • Air asam jawa sikit
  • garam & gula & Pak Aji kalau suka

Caranya :

  1. Tumis cili kisar & campak le sekali serai tu, sampai pecah minyak
  2. Tuang air sikit (sikit aja, nak ratakan sambal tadi sebab sotong akan keluarkan air bila masak nanti), kacau2, masuk kan sotong
  3. Bila dah mendidih (kat sini bila tengok kuah tu kalau macam pekat sangat boleh tambah sikit air), masuk air asam jawa sikit, garam & gula. Kacau sebati and biar merenih sampai 10 minit or sampai sotong masak. Sotong kembang kalau overcooked pun tak liat sangat tak macam sotong normal. Fool proof untuk orang baru pandai masak. hehe 😀

EDITED TO ADD : Cili kisar basic ialah cili kisar yang sudah dicampur dengan bawang merah dan bawang putih ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>