Yeah…itu dia tajuk… Korang tau kat mana Pendas? Kat area Gelang Patah, Johor. Boleh dikata kan ulu banat jugakĀ lah tempat nya… Aku pun baru first time sampai sini… kampung giler wa cakap lu… Ni adik ipar aku lah, sudah polen cakap makan kat restoran ni sedap, aku pun apa lagi, jadi batu api hasut semua orang gi berbuka kat situ… hehe..

Restoran atas laut, tak special pun, sama macam yang ada kat Kg Pasir Putih Pasir Gudang, yang kat Permas Jaya. Makanan pun tak special sangat, rasa nyer lagi murah yang kat Pasir Gudang tu lah…haha.. boleh aku belum apa-apa dah kondem…

Ingat tak dulu ada kes bunuh rogol budak perempuan kat pencawang TNB? Kat kampung ni lah… Aku pun tau sebab ipar aku tu inform, jalan kampung ni memang sunyi. Sayu jek aku rasa masa lalu depan pencawang tu, setan bertopeng kan manusia betul orang yang buat tu!

Ini pulak antara makanan yang kitaorang ngap hari tu…

Ikan Siakap masak Sweet Sour – sedap! Ada satu lagi ikan, masak steam plum lagi sedap tapi sayang nyer tak de gambar…

Ketam masak chili, kuah tu boleh tahan lah tapi it wasn’t up to my expectation. Aku rasa, aku masak lagi sedap, mahal pulak tu! Cuma yang aku puji, ketam tu sangat lah padat isi dia, puas makan.

Baby Kailan goreng, another dissapointment….

Butter prawn yang tak berapa buttery – dissapointment jugak… tapi udang memang lah sedap kan..
Gambar-gambar ni semua laki aku yang ambik, aku tak kuasa sebab …..

dok mengadap makanan…. isshhh.. masa ni kan puasa, terliur aku tengok…. Pastu bila dah makan, hampeh…. kureng pulak! Korang jangan salah paham, walaupun aku kata kureng tapi AKU jugak lah yang last habis makan sebab aku insist on finishing everything… bukti… ko tengok gambar ni, laki aku yang sengal tu, aku tengah mengonges kepala ikan pun dia ambik gambar….

Sakit hati je kan..? Itu belum lagi dia menganjing aku, tak kenyang lagi kee…? Huh… saje jek kaco!

Lawa kan bila malam tapi punya lah panas! Tak de langsung angin sepoi2 bahasa, walaupun petang tu masa tengah tunggu waktu berbuka, bukan main kuat angin!

Ini bini siapa aku tak tau….. hehehehe…
** Kerugian malam itu – RM280.00 (8pax)
September 8th, 2009 on 7:04 pm
oi kak!!ape nie????spoil ahh..banyak pe gambo cantek2..wakakakaka..
gambo idaman kalbu sume org hak akak amek!! menchey!!
September 8th, 2009 on 7:28 pm
aku nak bayar separuh sebab aku tak makan udang dgn ketam.. baby kailan tu ok jek.. ko tu jek yg jakun
September 9th, 2009 on 5:23 am
ko tu yang jakun…. orang jakun pun makan udang dgn ketam…..
September 9th, 2009 on 5:24 am
muahahahaha…… saper suh posing maut…? sib baik aku tak letak kat fb… hehe
September 9th, 2009 on 3:08 pm
well, i pun pernah gi sana tapi i think gambar restoran batu yg u ambil tu bukanlah Yeo Restoran betul tak????
Well food dia tgk juga masanye, some times very nice maybe tukang masak dia masak dgn sungguh2 sebab org tak ramai kot but others time worst jugalah tapi kalau nak cakap pasir Gudang mahal atau murah, i think u better tengok dulu kualiti ketam dan udang yg u makan tu..fresh atau tidak…
if u rasa nak fresh, then u have to paid for the price hehehe yg sedap biasanye yg freshlah kan..kan..kan..kan ..I pernah makan byk place then I guarante ketam dan udang yang u makan tu yg fresh dari laut kampung tu bukan pasar punya datang..
Anyway tak adalah kerugian sgt if u makan 8 org dgn RM280 tu..if compare makan kat hotel2 besar JB dan dapat angin free lagi heeeeee
September 9th, 2009 on 3:29 pm
1) ya betul! gambar restoran KAYU tu ialah restoran saujana, restoran bersebelahan dengan restoran yeo n family. since laki i tu kat atas restoran yeo, dia ambik jek lah pemandangan sekeliling, idak ler dia turun ke selut, semata2 nak ambik gambar restoran yang kitaorang dine in itu….tapi i rasa restoran yeo lebih kurang macam tu jugak lah rupanyer… harap maklum…
2) sebagai tukang masak restoran i.e professional, sepatutnya, masakan dia mesti consistent, bukan tengok time orang ramai atau tidak.
3) kerugian tu cuma figurative speaking laaa…..
4) i JARANG makan di restoran yang masak makanan laut (tak cukup duit) so poket i rasa agak mahal… orang lain i tak tau…
5) adakah saudari ini saudara mara YEO n family? backing semacam jek.. defensive piula tu…