Restoran Parsia Iranian Restaurant – Jln Pendidikan 4, Taman Universiti, JB

Restoran Parsia Iranian Restaurant – Jln Pendidikan 4, Taman Universiti, JB

Dah lama tak makan makanan arab, so hari tu kebetulan kat area Taman Universiti, aku singgah nak makan makanan arab lah. Mula ingat nak makan kat PG Art Cafe tapi tengok dia dah tukar layout restoren dia. Semua meja yang besar-besar gedabak, meja untuk 2 orang ada tapi aku tak berkenan pulak nak duduk. Ala-ala side table kat hotel jek, kerusi plak ala-ala macam tak muat untuk vontot aku yang ‘comel’ ni… so kensel!! Pi kat Parsia restaurant tu pulak… wahh..dah lama tak datang, ¬†ada beberapa perubahan nampaknya… Menu pun ada perubahan, ada dish baru… Ini apa yang kitaorang makan hari tu..

Lamb Mandy (lebih kurang lah nama dia, dah lama, so dah lupa..) ni aku yang order tapi ini version ekonomi, daging kambing dah dicarik-carikkan, nasi pulak ada letak daun dill agaknya… boleh tahan lah rasa dia, disertakan dengan sambal macam tomato relish yang pedas, kuah macam dal tapi versi arab dan 1 lagi aku dah lupa apa…. hehe

Yang bawah ni maman aku punya, dia biasa lah nak makan roti arab yang ala-ala roti naan tu.. ganding kan dengan menatang kat atas ni.. aku lupa nama arab dia tapi basically ada kambing cincang, terung and spices la… not bad rasa… sebab masakan arab kan biasanya tawar hebeh buat tekak melayu yang dah seasoned dengan belacan, dish kali ni lebih berperisa… ada lah rasa pedas, manis nye… tapi belum cukup ‘vas’ untuk tekak belacan ok…

Yang aku paling ingat ialah air minuman aku tu.. tu nampak tu, yang kaler ala-ala barli pekat dan kental tu…. Haaaa… bukan barli dowh! Nama dia dowh… serius.. dowh..ejaan aku tak pasti la, aku main taram jek tapi that’s what it’s called… unik sebab tu melekat dalam kepala hotak aku ni… Actually it’s a yoghurt drink… a SALTY yoghurt drink… yessza.. MASIN… tapi sedap! Dia macam masin-masin, lemak-lemak masam… Refreshing la… My maman though, minum seteguk dan terus angkat-angkat bahu – tak suka… Oh well, taste bud masing-masing kan…

Ok babai.. tu je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>