Restoran Malay Village – Bukit Indah, JB

Restoran Malay Village – Bukit Indah, JB

Dulu lokasi restoran malay village ni ialah restoran red island cafe ke apa tu, yang kena tutup pasal isu share ke apa… ntah ler… yang aku tau, rasa rugi jek sebab baru tau kewujudan restoran red island tu at the time… heee… Lepas tu…jeng,jeng… masa jalan2 nak pergi domin0s kat Bukit Indah ternampak restoran nih… ramai orang melayu customer dia, so thought.. why not?

Menu dia adalah extensive, naik bular bijik mata nak pilih… apa2 pun…kita minum dulu! Aku order jus kedondong..WAW! Sedap!!! (hehe, tiga tanda seruan…. serius sedap dol!) Yg jauh sikit tu, air asam boi  juice lime…WAWAW!…MASAM!! tapi yang order kata sedap..ikut citarasa dia…

Ini ialah Crispy Nestum Chicken Chop – sos lada hitam…. Harga RM15.90 – rasa………. tak sedap! Ayam tu soggy dan serap minyak…sos pun kureng…. orang yang order adalah kesedihannnn…. dah la mahal…

Ini pulak, Fish & Chip – rasa….. boleh la….. a bit memuak kan sebab ikan tu macam fishy skit (duh… nama pun ikan, tak kan lah ada rasa kambin…) Harga – RM12.90. Orang yang order makan tak abes, alasan muak…(sebenarnya kenyang, cilok aku punye dishes tu..)

Hmmmm …. Jeng, jeng, jeng…. Ini ialah hotplate japanese bean curd…. SEDAPPP!! Harga RM10.00 untuk size S, boleh makan 3 orang. Yum, yum… Rasa masam, pedas, manis…semua ada. Tauhu Telur tu pun sedap sangat…. 😀

This is one….i think is the star of the evening la…. Kerabu Mangga, SEDAP GILER TU!!! Harga RM7.90. Sos dia tu special, even mak aku yang tak suka benda masam pun, suka dengan sos ni…. rasa macam plum sos sikit… Yummmm!

So far aku dah makan 2 kali kat sini, aku rekomen kan tahu hotplate dengan kerabu mangga and of course the jus kedondong… western food dia lupakan je lah… tempat lain masak laggiiii sedap…  hehe 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>