Restoran Kg. Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor

Restoran Kg. Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor

Selepas tersalah tengok wayang, kami berdua ada hati nak sambung lagi, tengok papadom yang ori, tapi show yang selepas tu pukul 8pm. Siapa nak tunggu lama-lama, tak kuasa haku! Aku ajak lah laki aku pergi tengok kat tempat lain, mana lah tau ada yang awal sikit… tapi memang kami tak ada jodoh dengan papadom sebab tak de lagi show siang… hhmmm….

Aku pun ajak laki aku pergi makan kat Kg Pasir Putih, Pasir Gudang… Jauh?? Memang jauh tapi tak pe lah.. kata nak bersiar-siar kan… Masa kami sampai, tak ramai lagi orang, mungkin awal lagi.

pasirputih

Tak koser nak amek gambar restoran… ni gambar pemandangan aku….

Kami order Ikan Siakap masak 3rasa…. Ikan siakap tu gemok, banyak isi… muai aku makan 3/4 sorang-sorang sebab laki aku ada penyakit tak suka makan ikan… rugi lah lu mat……

siakap3rasa

Nampak macam sedap kan.. tapi ……………………………tak sedap! Tak macam 3 rasa pun, lebih kepada sweet sour… so tak sedap lah sebab bukan ni yang aku oder…. 😛

Next, order ayam masak merah… ni laki aku yang order… biasa lah tak makan ikan…

ayam-merah

Sadly, laki aku kata tak sedap juga…. aku tak tau, sebab tak larat nak makan, rupa dia tak cun….

Lepas tu, sotong goreng tepung….

sotongtepung

tu..nampak sipi-sipi tangan laki aku enter frame nak cekup sotong ni…. haaa yang ni sedap! tapi ….aku cuma dapat makan janggut dia jek… sebab mamat tu dah habiskan part badan….tak kesah lah… aku makan ikan tu jek dah kenyang giler…

And last but not least, the STAR of our meal that evening….

babykailan

ni haa…. baby kailan goreng ikan masin…. SANGAT SEDAP!!!!!!!! Aku bagi LIMA PULUH BINTANG! Over tak aku??? Kalau dah suka sesuatu memang melampau…. tapi seriously cara dia goreng kailan ikan masin ni sangat sedap… dia pakai ikan masin tenggiri tu… alah.. yang dalam minyak selalu nyer tu… and dia tak kedukut ikan masin… sangat berasa, sangat menjilat sudu dan sangat menaik kan tekanan darah aku…. hehe! Aku makan ni dengan perasan yang teramat tamak, takut jek laki aku habiskan… ye lah aku makan slow kan.. dia makan laju… nanti aku tak puas makan lagi dia dah habiskan…. tapi mak berjaya melicin kan pinggan kailan itu kawan-kawan…. haha…

Ok… semua sekali, campur nasi putih 2 pinggan + 2 air longgan = RM43-00. Berbaloi? Berbaloi-baloi…… sampai aku terus keletihan sebab kekenyangan melampau….

* Restoran di sebelah kiri dari junction kecil tu, yang last sekali.. lupa lah nama dia, walaupun selalu nya memang makan kat sini…

2 Responses »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>