Restoran Al-Hanin – Larkin, JB

Restoran Al-Hanin – Larkin, JB

Olla… Lama sudah tak hupdate… internet connection dalam bilik aku macam haram… asyik tak de line or slow ngalah kan siput babi yang gemuk kena paksa marathon…. so aku adalah bosan gile menunggu… Ini pun ada lah 2-3 kali maki sorang-sorang macam orang bodoh… hehe.. apa plak macam… memang pun… 😛

Hari ini aku nak story pasal makanan arab lagi… dah lama dah pi makan, seperti biasa baru nak buat post sebab MALASSSS…. Aku tau pasal tempat ni pun dari wall FB kawan opis… itu yang tergedik-gedik nak pi try, test…. Nama restoran ni is, Restoran Al-Hanin kat Larkin Idaman. Alamat tepat tak pasti tapi nak cari senang je… dia second row of shophouses dari jalan masuk…. Restoran ni owned by orang melayu tapi khabarnye tukang masak import dari negara belah2 arab lah… Ini restoran pertama yang aku pergi, kena bukak kasut…yes, nak masuk dalam restoran kena bukak kasut, so kalau nak pi sana, pastikan stokin anda tidak berbau hokay?? Masa aku pergi, aku tak nak masuk dalam restoran sebab tak moh bukak kasut… (cover sebab kaki bau masammm… haha!) so i opt to sit outside…. tak berapa selesa sebab panas…(pi time lunch)… Lama gak duduk kat luar tu tak de orang layan… maybe tak perasan ada customer kot..? Aku order Nasi Maghlubah Kambing, maman order nasi mandy kambing and air minuman – satu pot teh arab…

Ini order aku, maghlubah kambing. Sedap… tapi daging kambing tu liat! dah biasa makan kat tempat lain daging kambing jenis sangat lembut, ala-ala fall off the bone, kat sini memang liat!! Nasi ni datang dengan sup, acar and macam sambal yang masam2 tu… Pastu ada karot dan kubis bunga goreng – deep fried… sedap pulak kan.. tak pernah makan kobis bunga goreng macam tu… Portion besar tapi manageable but ini pun aku tak habis… (ahaks! perasan macam tak kuat makan la kunon…)

Ini order maman, nasi mandy kambing, datang dengan ala-ala kari dalcha and acar… Maman cakap nasi dia tak berasa and i agree. Sedap lagi nasi maghlubah, daging dia sama macam aku punya, LIAT! My maman walaupun komplen kata tak sedap, habis sepinggan you, dia balun..sebab lapar.. tunggu order sampai ke meja pun lambat.. resah gelisah orang tua tu menahan kelaparan.. kesian my maman…

Ok…i cerita jujur la… sebab i ni kan cerewets and ini pengalaman i ek, orang lain tak tau, mungkin no complaints… Pada i, servis boleh diimprove kan… Kalau hantar makanan ke meja, jari waitress tu tolong lah pastikan jangan sentuh the food inside the plate (and please make sure kuku pendek dan bersih dan tiada kesan berminyak-minyak – i geli you), keliling plate tu kalau boleh lap lah sikit, jangan berminyak2, and area kitchen tu kalau boleh jangan lah sampai i ternampak and question, is it clean back there? Kalau tak nampak – tak apa, kalau TERnampak itu yang tak berapa best… Harga berpatutan, rasa boleh tahan… tapi aku mungkin tak return sebab my maman dan apak sudah tua (dan aku juga sebenarnya..), gigi tada kuat mau kunyah daging liat….

3 Responses »

  1. ehh jangannnn…. you have to try first.. mana tau time you pergi daging dia lembut… hehe

  2. Hi julie….saya baru je upload pics kat blog masa gi makan kat sini ngan famili. Masa tu tak perlu bukak kasut pulak. Saya pun ada problem dengan daging kambing jugak…berminyak sangat tapi tak liat.
    Senang2 tu singgah la ye blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan je 100% tak de topik lain terutama di area Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>