Redang Mutiara @ Pulau Redang, Trengganu

Redang Mutiara @ Pulau Redang, Trengganu

Salam… hola uolls..! Sedih nya blog tak berupdate… biasalah aku semenjak dua menjak ni memang malas nak berfikir, nak menulis.. kat tempat kerja sibuk, balik rumah dah malas nak mengarang..(ceh mengarang..ingat kau nak amek SPM buat karangan BM ke…?) Ya deh.. pokoknya aku malassss…. Lagipun kalau ada benda yang aku nak update pun, hanya lah ketidakpuasan hati terhadap orang-orang berkaitan dengan hidup aku… kang terasa plak… nanti nak kecik-kecik hati.. malas aarr.. ye lah ego kan memasing? Hehe.. dah la ego aku sendiri tinggi melangit… so.. tak payah la.. Baik aku cerita pasal aku pi redang hari tu… lagi bagus…

Cantek kannnn..? Orang jeles jek yang akan cakap tak cantekkk… muahahahaha…. Kitaorang, as in en. laki dan aku, keluar rumah pukul 11pm… patutnya start perjalanan pukul 8pm tapi last minit laki aku tu tukar itinerary plak… pastu ada hati nak salahkan aku lambat… cheit! cari gaduh punya olang…. ikut jalan mersing – kuantan – trengganu… Hambek ko.. sampai trengganu pukul 8am.. dah la sesat barat nak cari jetty Merang… last-last sampai kat Merang dalam pukul 9am lebih. Nasib baik dah call dulu and diaorang pun memang gerak lambat sikit.. kalau ikut jadual, pukul 9am dah gerak dari jetty. Actually Jetty Merang ni kecik je… tak macam jetty mersing or jetty tanjung gemok..so aku adalah agak culture shock, i.e jakun dengan keadaan itu… Tempat parking ada disediakan, aku kena RM30 untuk 3 hari… OK lah, tempatnya berbumbung dan berpagar..rasa secure sikit. Perjalanan dari Jetty Merang ke Pulau Redang amek masa dalam 1 jam kot? Aku tak timing pun sebab membuta… ngantuk siot!! Naik bot a.k.a ferry sebab dia kecik sikit dari ferry yang ke tioman tu, tambang pun aku tak pasti sebab aku amek package all inclusive..

Kat Redang kitaorang stay kat Redang Mutiara – bumiputra owned… so bab melantak memang tak de rasa was-was… Package aku 3D2N – total RM760.00 inclusive – 3 snorkelling trip (yang aku tak pi pun..sb malas….), 2 lunch, 2 bfast, 1 bbq dinner, 1 dinner – unlimited supply of refreshments and roti… tapi kalau pi snorkelling kena tambah RM20 for the goggle and life vest AND jangan lupa RM5 marine park fee. Actually aku masa kat redang tak buat apa-apa except sleep and terboingkang baca buku.. hehe.. mandi laut pun just on the 2nd day, itu pun tunggu petang sikit, konon nak elak kena sunburn tapi sialpalis…. sunburn jugak hokay??! Ni sekarang asyik tergaru-garu dan peeling seperti beruk kena belacan… huhu.. 😛

Ini ialah bot mengangkut sampah…. Kalau kat JB kira macam lori sampah majlis laaa… cuma bot sampah ni kiranye 10, 20, 30 kali lebih menarik dari lori sampah MBJB…. hehe Aku ada jugak benda nak komplen.. biasa lah kalau tak komplen bukan julie ok..? Bab makan, dia hidang style buffet tapi ikut tekak aku… food tak berapa best… 1. tak de benda pedas langsung 2. lauk tak challenging – 1st day lunch -ayam kari (ok), kubis kicap, tembikai, air oren, dinner – BBQ tapi BBQ self service ok, ko MASAK SENDIRI BBQ yang ko nak mentekedarah (hotdog, fishball, ayam bahagian wing dengan yg mcm peha, yg best cuma pais ikan…) lawan dia ialah nasi goreng simple and sos cili maggie… (sedih ok..?!) 2nd day – Bfast – nasi lemak (telur rebus, KO KOPEK SENDIRI KULIT TELUR tu), Lunch – Ikan ebek masak singgang, kobis kicap, tembikai, air oren (kita orang kuar lambat sikit untuk lunch- hamek ko, dapat ikan yang dah hancur-hancur, kuah dah nak kering…Kesian laki aku, dah la TERpaksa makan ikan, singgang plak tu.. Cuba kalau kat rumah, mau jegil-jegil mata kat gue..) dinner – Ayam masak sup, Ikan masak sambal, kubis kicap, tembikai (ni ok skit la… tapi still la seksa untuk someone yang kuat makan pedas macam aku..) 3rd day – bfast- Mee goreng yang lembik dan soggy, kway teow goreng yang hitam dan rasa sos sesaje…. tensen mokcik tau!!! Nasib baik la last day…. itu pun laki aku dera, daripada jetty merang pukul 12pm lebih sampai kat bus stesen kat Kemaman baru dia bagi aku makan!? Aku dah naik hangen satu badan dengan dia..! Memang kijam itu pak itam..!

Ini sadly bukan chalet kitaorang… chalet kitaorang buruksszz… aku rasa chalet2 yang standard seaview ni memang perlu dinaiktaraf la… i hated, HATED the damn toilet sebab kecik bebeno… and the connecting wood between the chalet and the toilet??? horror ok?! I HATED IT…setiap kali masuk toilet, aku tutup mata and pandang satu tempat jek sebab aku geli dengan kayu tu.. burukkkkkk… don’t get me wrong, the toilet is clean but the connecting wood is rotted and disgusting… yuerckhhh!!! and lantai chalet tu macam dah rot at certain places.. aku kan gemuk gedem.. ngeri jek terjerlus… hahaha.. and bilik tu ada 2 katil queen size… just my luck only 1 bed yang ok, the other one was just awful!! Ko boleh rasa spring bila ko baring ke duduk ke.. laki aku ingat i was being a drama queen, rasain bila dia ala-ala nak dive kat katil tu.. sakit lutut ko kena dawai spring tu… muahahaha… tapi aku suka aircond dia sebab sejukkk… hee

Overall it was an ok experience la… redang is beautiful…. air dia jernih, pasir halus dan putih if only chalet tu toilet besaq sikit and kasi repair sikit… makanan kalau boleh ada ala-carte menu yang mana kita boleh order ke… (and pedasss la sikit..) i will have no complaints…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>