Rasa nya dah hampir tamat

Rasa nya dah hampir tamat
YouTube Preview Image

Aku rasa kehidupan aku ni dah macam drama tamil, dengan hero dan heroin dan producer nye seperti biasa lah gigi karat dan tong llelemaks. Aku ni pak pacak yang diri tengah panas, dok melopong mulut kena auta tak habis2. Aku dah penat lah…. Tau tak sejak kau tinggalkan aku, aku tak boleh tidor? Kadang2 sampai pukul 4 pagi, aku tak boleh tidor… Aku memang tak boleh tipu hati aku, aku boleh cakap aku tak nak lagi dengan kau, orang boleh cakap kau jantan tak guna, cuma nak main-mainkan aku tapi hakikat nya aku masih sayang dengan kau, aku rindu dengan kau… Hati aku ni setiap kali teringat kat kau, sesak nafas dan macam nak pecah dada. Kepala aku, jangan cakap lah, tengkuk tegang sentiasa, kepala berdenyut macam nak meletup. Darah aku naik 170/110….tapi…… aku tau, itu bukan masaalah kau. Salah aku sendiri. Sayang melampau dengan kau, sayang sampai aku lupa nak sayang diri aku sendiri.

Kau tau tak semalam aku dah hampir boleh nak stabilkan perasaan aku? Memang aku rindu giler dengan kau tapi aku dah boleh terima hakikat yang kau dah tinggalkan aku. Tup tup…kau message aku… Kau memang pandai cari kelemahan aku. Kau cakap kau rindu kat aku, kau cakap kau sayang aku….kenapa? Kenapa kau main-mainkan perasaan aku? Kau tahu sayang aku pada kau macam mana, kau tau sejauh mana aku sanggup pergi untuk kau, kau kenal aku, kau tau aku setia dengan kau tapi kau tetap nak luka kan hati aku. Tetap tak nak hargai aku. Tetap pandang hina pada aku. Tolong lah… kau dah ada dia kan? Kau tak nak kehilangan perempuan pilihan hati kau kan? Dia lebih baik daripada aku, dia memahami kau, dia boleh bahagiakan kau. Kau tipu aku untuk bersama dia….jadi untuk apa kau sakitkan lagi hati aku ni? Tak cukup ke kau hina aku dengan perbuatan kau? Tak cukup ke dengan apa yang kau paksa aku buat? Tak cukup ke? Jahat sangat ke aku? Banyak dosa aku pada kau untuk kau hukum aku?

Aku tak nak cakap besar, tak nak cakap lepas yang aku benci kau sebab kita tak tau apa akan berlaku akan datang tapi aku berdoa dan mengharap kan kebahagiaan. Walaupun tanpa kasih sayang seorang lelaki sampai akhir hayat aku sebab sekarang ni, buat masa ni, aku memang tak rasa aku boleh terima lelaki lain dalam hidup aku. Kau dah ambik hati aku dan kau lanyak secukup nye. AKu dah malas nak komen pasal perempuan pilihan kau tu, since kau pilih dia, mesti lah dia istimewa dimata kau. Cuma…kau tau kan…? Jangan jadi lelaki yang dayus. Aku sayang dengan kau, aku tak sanggup tengok kau jadi dayus. Kau boleh jadi lebih baik dari tu. ┬áSuruh dia settle dan korang nikah lah. Even berkawan biasa dengan bini orang pun akan menjadi kan lelaki tu dayus sebab dia cari kau untuk bermanja dan meluahkan perasaan sedangkan dia ada suami. Sorry, memang aku bukan orang yang layak nak nasihatkan kau. Aku…perempuan yang penuh dosa, perempuan degil, perempuan yang nak ikut kata dia je, yang kau kata mana2 lelaki pun tak akan tahan dengan perangai aku. Mungkin betul cakap kau sebab aku dah dua kali gagal dalam perkahwinan. Aku memang tak layak… Aku tak sempurna, aku cuba untuk jadi baik tapi aku cuma manusia biasa. Aku tak dapat kawal nafsu dan amarah aku setiap masa.

“Selamat tinggal abang. I sayang you, you cinta hati i.”

Selamat tinggal tong lemak (btw nama badak air tu bukan aku gelar. Lelaki pujaan kau yang bersama dengan kau tu yang bagi. Aku gelar kau, tong lemaks sebab tak kan nak letak nama sebenar kan? dan dalam masa yang sama hati aku sakit, so memang sengaja aku kutuk. Please…jangan contact aku. Aku bukan call kau, aku nak memastikan yang aku tak ditipu. Kau menang, Kau hebat dapat menundukkan dia. Dia ‘milik’ kau. Jadi jangan ganggu aku. Kau dah dapat apa yang kau nak. ‘Hak’ kau. Sekarang kau dengan dia boleh ketawa dan bahagia).

AKU, KORANG BERDUA, SEMUA HANYA HAMBA ALLAH YANG KERDIL DAN HINA. SEMOGA KITA DIBERI HIDAYAH DAN BERPELUANG UNTUK BERTAUBAT DAN KEMBALI KEPADANYA.

IMG_19526918309893

2 Responses »

  1. Hye kak julie.. Tahniah ye sbb dapat menyintai org laen sepenuh hati tapi simpanla hati tu utk diri sendiri gak ye. Saya doakan yang baek utk akak. Btw saya suka bca blog akak taw..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>