Podah lah 2012…

Podah lah 2012…

Semalam pergi tengok wayang…2012. Aku tau lah semua orang cakap cerita tu best tapi pada aku jalan cerita very weak and sangat cliche. Hero mesti tak mati, hero sentiasa dapat mengelakkan malapetaka even as his surrounding sink into hell…. bosan tengok cerita macam tu, sangat tak logik.Sebenar nya banyak yang aku tak puas hati tapi nasib baik lah CGI dia hebat…so tak delah bosan sangat. The only time yang aku rasa ada sikit tersentuh is when apak si dr. adrian tu terima call dari dia, masa tu touching woo… pandai dia berlakon. Masa apak dia tengah nak mati kena tsunami tu pun best… macam real, sangat berkesan lakonan pakcik tu.

Anyway, lepas tu kami pergi dinner kat Jaafar Steak House kat Larkin. Aku find out about this place pun from FB. Senior sekolah aku punya kedai, so sebab aku nak support orang melayu and in this case orang yang aku kenal, aku pun pi lah…tapi sangat mendukacita kan. Masakan dia memang sedap, aku rekomen kan kalamansi juice dia~sedap tapi sangat mahal lah pada aku. Laki aku makan nasi goreng kicap, portion kecik, nasi goreng tu tak de apa-apa perencah except for 2 ekor udang kecik. Aku ulang eh…DUA EKOR UDANG KECIK. Telur pun tak nampak sangat bayang nyer, no vegetables at all, tastewise memang sedap tapi for RM4.00 a plate i expect it to contain more than two measly looking shrimp! Aku order chicken chop, nasi goreng laki aku dah habis baru sampai (maybe sebab portion sikit, cepat habis kot? or sebab kami gelojoh makan?), boleh? Lepas tu aku noticed, ada dua orang customer yang duduk depan aku tu, baru sampai tak sampai 10 minit lamb chop dia sudah sampai, BOLEH?? Rupa nya, mereka member kepada perempuan yang help out kat western section tu (tokey ke tak, aku tak pasti). Aiseymen… macam mana meniaga macam ni, ada preferential treatment, member datang dapat cepat, customer marhaein macam aku ni, suka-suka lah nak kasi lambat? Portion sangat kecik, i think french fries tu ada lah dalam 15 batang, memang lah krinkle cut fries yang tebal but 15 BATANG JE? and the baked beans? adalah dalam 2 sudu besar, hirisan nipis tomato dengan sejemput mayonis diatasnya – harga RM12. Again pada aku, mahal sebab portion yang dia bagi tu kecik sangat. Tak kenyang aku makan.

Sorry to say lah laki aku dah menyumpah tempat tu and cakap kat aku dengan pandangan yang sangat menyakit kan hati, i tau lah tempat kenalan you but this is the first and the LAST time KITA makan kat sini. Lerrr… baru jek bercadang nak pergi lagi, mana tau next time it will be better and juga nak snappy happy gambar makan tu nak tunjuk kat sini, dah keluar fatwa plak.. hmmm… nak buat macam mana, kami pun nak kaya jugak… larikkksss….

7 Responses »

  1. hoh, tak patut kan, sebab rasa kalau masak kat umah for the food u describe tuh, tak sampai pun rm7 modalnya (achewah, sejak bila lak pandai main kira modal nih, haha).. seriously, western food kat kedai over price and under present and under portion dan macam2 lagi underlah, kalau order steak most of the time steaknya juice sudah takde, sebab dah asik kuar masuk petiais, and dah jadi daging hampas yg sgt dry dan tiada berperisa..

    amikkau, aku tolong emosi.. tak rasa nak tengok 2012, entah napa.

  2. heheh… ko ni precious sungguh…

    aku memang emo sebab it was seriously overpriced tapi nak buat macam mana benda pun dah terurai jadi baja, kita elak jek lah lain kali….

    2012 CGI hebat, jalan cerita lebih kurang yusuf haslam je level dia…so nak tengok buleh, tak tengok pun buleh, jimat duit…

  3. nak murah jgn makan kat kedai masak sendiri aku pn selalu makn kedai sebab malas masak tapi tak komplain pn pasal harga ok le tu pada zaman skrang westrn food murah le tu pi le hotel berapa spingan mkn pn bkn sedap sngt tak plk korng nk komplain jgn le nk jatuhkn sesama kita kn sama2 melayu

  4. sekarang ni aku bukan makan kat hotel tapi kedai makan kat laman rumah orang. Nasi goreng tak de rencah, udang halus 2 ekor, tak nampak bayang telur, tak de fish ball, nasi tu dalam 1 mangkuk kecil,tak kan nak charge sampai RM4? Aku selalu pergi belanja dapur bro, aku tau harga barang kat pasaran, jangan lah melampau letak harga. Ayam aku tau memang mahal tapi orang meniaga ni, biasanya ada harga special, condiments yg lain? French fries, baked beans, agak2 lah portion. Berniaga kena ikhlas, riba, tau?

    Aku tak suka orang datang tak diundang, tak bagi salam tiba2 tuduh aku menjatuh kan melayu. Kalau melayu jatuh, kena lah tengok kat mana silap dan qada’ dan qadar, bukan menuding jari cari siapa nak disalahkan. Itu bodoh sombong namanya, sampai bila pun tak boleh maju!

    ini blog aku, aku je yang betul. Kalau kau rasa kau betul buat entry dalam blog sendiri.

  5. aku peduli apa blog ko ke apa agak2 tak suka mkn kt sana jgn mkn pi kedai lain yg harga spinggan 50sen tak payah nk jatuhkn org lain da sengkek wat le cara sengkek byk songel plak msk sendiri lg baik

  6. hahahahaha…. kau ni siapa jimmy? Yang ko terasa sangat aku komplen pasal jaafar steak house ni apasal? Ko ke en. jaapar? Ko ke tukang grill ayam yang pilih bulu tu? Kalau macam tu paham lah aku….

    Hallo bro, BIAR SENGKEK, JANGAN MAKAN DUIT HARAM! Ko tak baca ke apa aku tulis, MEMANG ITU KALI PERTAMA DAN TERAKHIR AKU MAKAN KEDAI KO, aku tak mampu lah saudara…. Terima Kasih diatas teguran membina saudara itu, aku minta maaf lah kerana blog aku yang tak seberapa ni menyebabkan bisness ko bangkrap! muahahahahahahahahahahahahahahahahaha……

  7. @jimmy

    ni namenye reviu jenis kritikan membina, bukan sebab sengkek ke ape. stupidos.

    orang Melayu yang tak boleh maju ialah orang yang tak boleh terime kritikan.. macam ko, bile orang kritik mule la nak melenting macam beruk.

    kau ingat customer ni sume binatang peliharan ko ke, masak ape je, sikit ke banyak ke, masak rase taik ke, yg tak kisah pasal harga.. diorang melantak tak kisah..

    diorang pun ade hak nak complaint ape yg diorang nak, kalau kat hotel tak sedap pun aku complaint..

    tipikal melayu betul sang jimmy ni. jangan jadi Melayu yg bodoh sombong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>