Perlu ke??

Perlu ke??

Lama aku tak enter frame kat blog, itu pun kalau ada orang perasan lah… (mula lah tu nak emo..) Biasa lah, aku hanya manusia biasa… mood pun macam puting beliung kadang2 ok, most of the time tak berapa nak ok…. Lately ni aku banyak terasa macam aku loser la… hari tu aku pergi Plaja Pelangi dengan mak aku, ada kereta langgar aku noks! Aku memang lah tak cedera tapi ego aku calar and i was mad like hell… if i’m honest, sampai hari ni..

Tau tak kenapa aku marah sangat? Orang tu langgar aku ok? LANGGAR as in dengan kereta dia, kena siku aku bunyi belekuk! and the bloody bastard did not even stop or slow down, to check or even apologize…. boleh?! Dia tak hon pun masa dia langgar tu, dia just went on his merry ways as if he did not do any wrong… AND I AM PISSED! Writing about it right now, seem to refuel my anger towards that stupid driver…. Macam mana lah dia boleh tidur lena malam ek? Knowing that he drove his car and knock some fat lady by her elbow on the side of the street? Aku ni, nampak orang langgar anak kucing berminggu terbayang-bayang, terlanggar anak anjing (it was chasing my car in a pack and no i did not stop to check sebab anjing tu banyak ok), masih terasa lagi berdosa sampai sekarang tapi driver kereta MATRIX kaler silver JJL824 tu langgar aku – SEORANG MANUSIA and buat bodoh jek..?

See, here’s where i feel like i’m such a loser, i’m not sure if i got the correct reg. no. I checked but the car doesn’t seem to belong to anyone… LOSER! Aku ni loser! In the mean while, driver yg hebat langgar orang tapi tak mati tu makin gemok, makin senang beranak pinak dan tidor dengan lena… But seriously…. kalau aku tau pun sama owner of the bloody car, apa aku boleh buat? I have no proof…i can’t do anything… So… redhaa je lah… bahagian aku.

Bawak kereta kat JB ni lately really mencabar keimanan aku. Dengan kereta-kereta Singapore yang melambak-lambak sampai aku rasa aku macam kat oversea, dengan orang-orang mental yang ramai bawak kereta… bila kau bagi signal nak masuk, dia makin laju, bila kau dok belakang dia, dia bawak slow… MENTAL ok! Itu belum orang yang bawak kereta mewah tapi tak de signal… mental gila babi tu..! Beli kereta mahal-mahal, bayar hutang banyak-banyak tapi sedih….. kereta tak de signal… Eleh.. jalan kaki pun boleh orang langgar kau… bukan dia nak hon ke apa, dia main langgar je… as if nyawa aku ni tak ada harga… Can you tell? I am still angry, aku belum redha…. and that’s why aku tak de mood nak update blog… because somewhere, someone thinks that my life is worthless that he can just run me over because i was in the way. It makes me sad and angry…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>