Pantai Kemasik, Kemaman Trengganu

Pantai Kemasik, Kemaman Trengganu

Pada suatu hari, en. laki telah berbaik hati bawak aku bercuti ke Kemaman, Trengganu. Sebenarnya pada aku Kemaman tak ada apa pun yang menarik….that’s if you’re looking for excitement… pekan kecik, shopping komplek pun satu je, The Store yang dah burok..  TETAPI… aku SUKA Kemaman…aku pun tak tau kenapa… ok lah to be fair sebenarnya Kemaman is rapidly membangun (boleh..? sebab aku tak tau apa perkataan omputeh untuk membangun…? hahahaha) sebab ramai orang yang kerja O & G kat sini and other stuff la… bla,bla, bla… bosan nak cerita part ni sebab bukan aku tau pun… Yang aku tau pergi Kemaman sebab nak pergi Hai Peng Kopitiam (tapi masa ni tak pergi sebab kedai tu tutup sebulan plak!!..), pi makan satar kat Kuala Kemaman and aku suka nak pergi ke …… PANTAI KEMASIK ni hah!….Cantik kauuuuu! Walaupun dilarang bermandi manda dan dia suruh kau ‘awasi anak anda’ I loooOOvveee the place.. Over khan aku???  Tengok..!!

Ni kalau korang nak hilang akal ke bercanda di pasiran pantai, tergolek-golek ala-ala kena salut dengan breadcrumb yang nak digoreng pun BOLEH! Tak de sape berani ketawa kan… berani tengok ramai-ramai je….

cantik sungguh di mata ku…

Memang lah amazing, masyallah cantik nye ciptaan nye…. Masa aku pi mempaparazi kan gambar2 pantai ni, en. laki tengah buat taik mata dalam keta… Tak koser aku dok lelama dlm keta tunggu dia bangun, kang naya kena tangkap khalwat… ye lah… mana ada orang dah kahwin dok berendut dalam keta.. hehe  :) Itu yang aku gigih pi amek gambar, walaupun kaki ala-ala dengkot2…

Lepas aku dah amek gambar kat pantai kemasik, aku paksa en.laki bangun and we all ronda ke depan sikit… Sampai traffic light belok kanan, masuk dalam tu… kawasan kampung, rumah-rumah orang. Yang best nye rumah diaorang betul2 mengadap laut… Pastu sampai kat satu tempat ni …ada satu gerai kecik jual minuman/makanan kat situ.. signboard tulisan tangan – Teluk Belanga… So aku tak tau lah whether itu nama pantai kat atas ni… Kawasan ni pun tak bleh mandi-manda…

Still at the same place….

Kat pantai ni banyak batu-batu besar… Impressive giler..

Nampak tak dalam gambar kat atas ni, yang nuuunnn jauh tu nampak balam-balam macam batu-batu tu..? Itu lah pantai kemasik yang 2nd picture tu…. hehe

I know swimming is prohibited tapi aku nakkkk jugak rendam kaki ku yang buruk ni kat pantai, kena pasir, kena buih ombak… by the way, air laut time ni seejjukkk! Sialpalis tul, aku pun serta merta nak terkencing… ni amek gambar dengan kegigihan menahan dan mengemut agar tidak kekencingan dalam seluar…. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>