Pancake versi Amerika, macam hotcake McD pun ada…

Pancake versi Amerika, macam hotcake McD pun ada…

Semalam aku gian nak makan pancake. Aku tau lah pancake ni tak de apa pun yang spesel, mat salleh hari-hari makan pancake tak kecoh pun, dah macam jemput-jemput ikan bilis. Tapi tu mat salleh, aku kan melayu-jowo mesti lah kecoh… JAKUN woooo…! Mak aku tak pernah pun masak kan pancake masa aku kecik-kecik dulu. Aku dah besor tak berapa panjang pun, aku tak pernah makan pancake, tengok kat tv ada lah, baca kat buku ada lah…. sampai lah aku kerja kat hotel masa aku muda-muda dulu. Baru aku tau macam mana rasa pancake ni. Itu pun aku jarang makan sebab 1. aku tak reti nak masak pancake – memanjang tak menjadi (sebenarnya pemalas ya amat!) 2. gaji aku sebagai buruh kat hotel tu kecik so tak cukup duit nak makan pancake kat hotel (time tu mcd malaysia pun belum jual hotcakes, nak makan kat mcd pun time awal bulan je..)

So nak dijadikan cerita, masa aku tengah sibuk berblog-hopping, menjadi silent stalker kat blog-blog orang aku sudah terjumpa dengan satu recipe pancake di sini. Nampak macam best je, sempoi dan nampak sedap untuk di ngap. Sila lah telan air liuq, tengok pancake aku yang gebus dan hitam sikit ni… haha

 

Ini masa on the girdle. Lihatlah betapa tembam nya pancake aku (last batch ni..).. sama macam aku… muahahaha…

 

Ini pulak rupa dia bila dibalik kan, hitam tu sebab aku sibuk gentel kamera. Tak apa still sedap dan gebus.

 

Resipi pancake sempoi :

  • 50gm butter
  • 50gm caster sugar
  • 230gm self-rasing flour
  • +- 1/2 cup of milk
  • 1 egg
  • a pinch of salt
  1. Mix tepung and gula, masukkan butter, gentel mereka menggunakan hujung jari, mixture akan menjadi seperti serbuk roti
  2. Campur kan susu, telur, garam ke dalam tepung tadi, kacau menggunakan whisk sehingga sebati. Lebih baik gunakan whisk sebab cepat sebati dan tidak berketul, thus tidak memeningkan kepala.
  3. Panas kan girdle anda atau kuali leper roti jala pun boleh, bila dah panas letak lah sesudu dua mixture tadi
  4. Bila pancake anda telah berbuih, terbalik kan dia. Tunggu seminit dua – angkat letak dalam pinggan
  5. Boleh disajikan dengan butter dan pancake syrup, jem, honey atau sambal sardin kalau anda suka…

Batter ni kalau buat kecik-kecik dapat lah dalam 8-10 keping, kalau buat besar macam lempeng dapat sikit lah.. Senang kan?

4 Responses »

  1. saya pernah try sekali. tapi, rasa muak sebab pancakenya rasa telur. saya dah la x suka telur.

  2. *Anis Roslan – kalau letak esen vanilla tak ketara rasa telur atau pun boleh guna saiz telur yg kicik sket, tambah la susu skit… Kalau tak boleh blah gak, cuba you guna telur puyoh sebiji… hihi… Jgn marah haaa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>