Tudung Periuk…

Minggu ni aku demam dan sakit perut serentak……. whooo double whammo… orang kata sakit tu boleh menghapus dosa-dosa kecil… insyaallah…. Aku ni ala-ala sejuk dan panas at the same time, hidung tersumbat dan meleleh at the same time, batuk and sakit perut serenak… memang nikmat lah..!

Selain dari badan yang tak berapa sihat, jiwa pun tengah merudum… tapi aku tak ada tempat nak mengadu…. Aku bukan ada kawan rapat pun, alaaa… orang ni rambut walaupun dasarnya sama hitam (cuma mereka yang perasan jek dye rambut) tapi hati kan tidak dapat diduga… kadang -kadang bila kita cerita, nanti dalam hati dia sorakkan, cakap padan muka kau! Ingat kau best sangat! Ada tu kita bercerita, dia tak nak dengar, tapi tak nak berterusterang, so time tengah nak luah kan perasaan tu lah time dia pun buat kerja lain, membiarkan kita melopong… ada tu… ehh.. dah tak ada, ada tu lagi… pendek cerita, lebih baik mengadu dengan tuhan… walaupun bunyi cliche and macam riak nak kena lempang rasanya.. it is the best… tapi entah lah… ada kekosongan, kesepian dan kebencian dalam hati… eeek..jiwang nya mak mok hari ni….

Mari lah kita dengar lagu tudung peliuk ni… rupanya dari pelem sumpah orang minyak… So APT! Yang menjadikan aku mrudum pun macam ala-ala orang minyak gak… muhahahahaha —> evil face sambil kuar air mata sob!sob! ;(

YouTube Preview Image

 

Posted in Boring + bosan = meraban | Tagged , | Leave a comment

Hadramawt Pan Pac JB dah maut ke?

Dah dua ke tiga kali datang sini nak makan tapi hampeh tutup…. and end-up kena makan kat restoran lain kat dalam pan pac tu.. kalau murahan tak per la jugak.. ini nampak je murahan tapi kepalsuan … banyak caj-caj tersembunyi….

Hari tu aku dah berangan nak makan hummus dengan roti arab yang besar dulang tu…sekali tengok…restoran tu gelap gulita…tutup! Chis! Binawe betul…. aku dah malas nak kuar cari tempat lain, nasib baik my maman dengan baik hati dan comel ajak makan kat coffeehouse hotel…. hehe… tapi tak makan buffet laa… tak de masa..kan aku time lunch, tak de masa nak bersantai mengisi tembolok… rasa rugi pulak bayar dekat-dekat RM50+ kalau makan ala-ala cover line kan..? Mak aku ingat makan kat kopihaus otel ni macam makan kat restoran osman, ada ke dia tengok menu pastu cakap… MAHALNYE…. kuat plak tu… ishhhh! Ada dua orang kat table sebelah tu dok jeling-jeling… mak niiii…. makan kat hadramawt pun lebih kurang je makkk…. tak de pulak cakap mahal…? Mentang-mentang lah datang dari Arab, mahal pun tutup mata je … hehe :P

Ini apa my maman akhirnya order… nyonya curry mee. HAMBEK! Besar mak gajah mangkuk dan isi kandungannya… rasa boleh tahan sedap… kena lah dengan rega nya tu… mengah mak aku nak mengabihkan…

Aku sebab lapar…order nasi goreng, special ke tidak, aku tak pasti. Yang pasti memang merrys sekali bila sampai.. nasi goreng hotel biasa lah.. mesti ada satay, telur mata lombu, acar, ayam goreng, keropok atau in this case rempeyek… i was surpised dia tak letak sebatang pokok kelapa miniature, complete dengan beruk petik kelapa sekali… haahhaha… Nasi goreng was so-so.. ok lah tak de lah tak sedap tapi tak lah sedapppp ggiillerr kan.. Ok saja.. Aku juga sebab tak tahan godaan syaiton dah mengorder dessert buffet… :) tak dapat makan buffet, makan dessert buffet pun jadi lah.. puas hati aku… tapi gambar dessert tak amek sebab kesuntukan masa ok.. mana nak maraton amek kuih, mana nak makan, mana nak amek gambo… tak sempat…

Total kerugian tengahari tu ialah RM100 + parking. Nasib baik makan dengan maman, tontong… APA??? Korang ingat aku KAYAA???? Sorry, laki aku belum bermurah hati nak hadiahkan printer duit lagi…. so kalau nak makan tempat sedap kena lah kongsi-kongsi, kalau tidak, mau robek walletnya… Oh ya.. aku memang sengal.. tak pernah teringat nak call ahead si hadramawt ni tanya dia open for business ke idak?

Ok itu saje cerita untuk hari ini.. Arrivederci!! Areeba, Areeba, Areeba!!

Posted in Food, makan place aroung JB | Tagged | 2 Comments

Bicara Roti @ Bread Talk

Hehe.. tajuk poyo… Ini sebenarnya nama kedai roti favourite aku. DDUUUULLUUUU masa aku baru tau kewujudan kedai ni, ada kat Jusc0 Tebrau jek… Lepas tu dia bukak kat Bukit Indah, memang happy la sebab dekat sikit, walaupun still bercinta nak pi Jusc0 tu sebab parking macam haram, penuh sentiasa…. Lepas tu dia tutup kedai kat Bukit Indah, aku wandering jugak la, apahal plak tutup? Tak kan bankrup plak..? Rupanya… dia bukak kedai kat KSL, lagi lah aku kegirangan, tertonggek-tonggek buat victory dance (dalam hati je maaaa…!) sebab sangat dekat dengan rumah dan opis.. happy days!

Bread Talk ni ada cafe nama dia Toast Box…(cute eh nama-nama dia?) during my sojourn to KSL masa lunch tu, aku pun pi lah melantak kat toast box ni… banyak benda yang tak kena dengan aku kat toast box ni… first sekali, cuba ko tengok gambaq bawah ni…..

Seating is TOO DAMN SMALL…. macam kat kindergarden, yang nak duduk pulak mak gajah macam aku… macam siyal, aku boleh rasa lebeihan bontot aku terkeluar dari parameter itu kerusi ok….? Eleh.. orang kurus pun aku tengok macam tak berapa selesa jek duduk.. sebab meja tu pun pendek dan tak luas untuk korang letak kaki.. pendek kata memang tak relaks la…. Maybe that’s precisely the point of the designer of the cafe. NO, YOU CAN’T RELAX HERE, EAT AND GET THE HELL OUT!! hehe.. :P

This is what i ordered on that day, Curry Laksa…. Rasa…? Tak sedap! The gravy is just too thick that is was cloying. Melekat-lekat kat tekak aku…. eeeww… tak sodap! Boleh bayang kan tak ko masak kari, letak santan kotak tu 2-3 kotak, jangan campur dengan air.. apa rupa dan rasa? Macam kesiyalan lah rasa nya…. even if cukup rempah ratus…. tapi aku tak serik sebab ada satu lagi benda dalam menu dia yang aku teringin  nak rasa and aku pujuk diri yang maybe aku salah order, curry laksa maybe not their strongest suit kan… Next time tu, aku order menatang ni pulak…

Mee Siam Kuah….. and…. Tipah Tertipu lagi bang! Kuah mee siam tu macam air rendaman stokin jek aku rasa… Stokin pemain bola yang kaki dia berpeluh gila, hari-hari pakai selama 6 bulan tak berbasuh…. HAAAA macam tu lah aku rasa …. Kuah pekat giler, masam giler, tak de rasa manis udang ke, cuma rasa lada and tauchu and masam! Mee siam tu pulak, aku rasa dia just gaul je dengan lada  kisar, tak de rasa apa langsung! SANGAT TAK SEDAP! Yang sedap cuma telur, itu pun aku suspek sebab rebus je kan..tak kan rebus boleh fuckup?

My conclusion is this, bread talk – roti, sandwiches and cakes dia superb…. mahal but superb… i loike! tapi toast box……. ko layak jadi burnt toast je lah, pastu masuk tong sampah…atau masuk tempat baja kompos je….  hihi :P

 

Posted in Food, makan place aroung JB, makan2 cari pasal | Tagged , | 2 Comments

Black Monday…

Hari ni aku bad mood habis… Memang black monday.. Apahal agaknya, nak kata urat kentut putus tak jugak, sedap jek aku keluarkan semburan angin jet siap dengan boom surround system lagik….

Sebenarnya mood aku yang jahat tu (bad = jahat? atau bad = cool, seperti kata Michael Jackson?) ialah cummulative daripada hari jumaat.. At the risk of sounding petty and mengada-ngada aku sebenarnya kecik hati dengan officer aku sebab dia tak habis-habis puji colleague aku. Asyik la cakap orang tu bagus lah, patut kena promote la, dia nak ambik orang tu keja kat tempat aku la.. all the while dia cakap ni, aku macam patung kucing yang tangan turun naik tu, kat depan dia…

Dia tak kisah langsung perasaan aku sebab cara dia bercakap langsung tak appreciate kerja-kerja aku, as if 12 tahun aku kerja dengan dia, berjuta2 nilai kes dia aku tolong buat and sudah di approve and dia sendiri pun dapat bonus sampai 6 bulan.. all that doesn’t mean a thing. I AM NOT GOOD ENOUGH! Aku sangat kecik hati ok, this is the person yang panggil aku to solve each and every little details of her office life and she still thinks i’m not good enough. Dia anggap aku bodoh. Well, i have news for her, if she thinks i’m stupid, then she’s even more stupid than me because she hired me… huh!! AND I think it’s a bit racist laaa… because the one that she’s been complimenting is sama bangsa dengan dia…. and kerja colleague aku tu is 98% sama macam aku. AND the only reason aku tak buat apa colleague aku buat is because i don’t have the systems password which was not given to lowly level worker bee like me and my colleague, which means that my colleague tu actually is violating the company policy. Lagi nak cakap aku tak bagus?! Bencik!!

No. 2, aku rasa tak sihat daripada hari jumaat. Badan aku bisa-bisa all over, perut sakit – as in memulas-mulas, badan macam dedar tapi nak kata demam tak pulak… Aku kalau nak datang menses, dah dua bulan macam ni, SAKIT SATU BADAN!! So, 90% of saturday and sunday was spent sleeping… Itu je yang aku mampu buat… seriously..! My maman tak habis-habis nak memekak cakap aku asyik membuta.. Allo.. badan i sakit ok? What do you want me to do? Mencangkul? Lagi lah pulak on sunday ada family outing, laki aku boleh pulak buat lawak memutuskan urat saraf aku kan..itu pun menambah kan aku punya sakit – sakit badan, sakit hati, sakit segala-gala nya lah…

Nasib baik malam tu dia bawak aku keluar… Pergi Tesc0 jek.. tapi budak cashier kat Tesc0 tu pun menaikkan darah aku… masa nak bayar tu aku hulur kad Tesc0 kat dia, dia buat BODOH je.. She ignored me, and aku pun macam bangang la pegang kad tu hulur lagi kat dia…. sampai la laki aku perasan and take the card from me… boleh? Lepas tu, tuhan nak tunjukkan, dia kena scan balik all of the things that i bought sebab tak masuk the first time round… PADAN MUKA, eksyen sangat! Apa lah sangat dia ambik kad tu masa aku hulur kat dia? Bukan nye memang selalu pun macam tu kan? Bukan aku cakap kasar and campak kat dia… Aku penuh sopan lagi bagi kat dia… RASAIN lepas tu muka aku masam pekut…tengok pun tak hingin! Laki aku boleh pulak back-up budak cashier tu, cakap, ‘ala… budak tu kan baru kerja, mesti dia gabra tu, tengok orang ramai…’

SO?!  ADA GUE KISAHH??? See? Told y’all aku memang petty!!! muhaahahahaha —> evil laugh and brrootttttoottttt!!! :P

Posted in Boring + bosan = meraban | Leave a comment

Padan Muka Aku, Kan Dah Bongeng….

Remember once aku kutuk KSL City gila-gila babi eventhough the babi is not gila? Well…. since aku ada fetish yang baru ni… aku adalah kebongengan  ok..? Aku sekarang ni tengah gila (berapa banyak gila daa..) nak minum chinese tea and i was told by a colleague that there’s a shop selling all kinds of tea kat KSL… So aku pun pi lah sana and lo and behold… aku macam suka pulak…. because there’s so many interesting shops (i.e kedai menjual makanan -snack food) and there’s also this shop…

Yesza….itu la kedai kat mana aku beli stok teh cina aku… and these were what i bought on the first trip…. a little bit of everything to see which ones i like best….

In the end aku cuma suka this one, which is Pu-Erh tea sebab dikatakan bagus..boleh mengurangkan kolestrol, menguruskan badan (i doubt very much!) dan macam-macam lagi la… rasa pun not bad.. ala-ala smoky gitu and i like the brew colour… orangey…

Lagi satu aku suka this one, which my colleague cakap is just a normal chinese tea… tapi aku suka sebab dia wanggiiii… but not cloyingly wangi macam sesetengah jasmine scented tea… brew dia pun kaler cantik.. light yellow macam air kencing… hahaha… rasa pun ok – tak de lah macam air kencing.. not that aku pernah minum kan… hahahahah kenapa aku tulis macam cliche gila and bongok ni…

I also bought this cute transparent tea pot… sebenarnya aku dah laaammmaaaaa gila nak beli tea pot ni tapi tak jumpa.. and i was dancing with joy (dalam hati la..) bila jumpa menatang ni… nasib baik tak mahal sangat… cute sangat and motivates me to make the chinese tea… hehe

Ok.. babai.. itu saje cerita hari ini…

Posted in Everything Under The Sun, Food | Tagged , | Leave a comment