Naga Air sangat la…

Weeyyy.. aku adalah sangat busy these few days… busy apa ntah..? tapi memang tak sempat nak nyibuk2 update blog.. not that ada orang tertunggu-tunggu keennn.. Walaupun sana sini orang as in ‘BLOGGERS’ (nak muntah aku…) claim that blogging is soooo lame ke watever.. aku….. eh… lupa plak, apa point aku.. arrghhh… sekalang pukul 3.48am, baru habis siapkan barang2 nak bbq besok.. penat nye kepala hotak tapi tak boleh nak lelap plak… sebenarnya aku nak mengutuk benda alah ini…

Kereta ni kereta someone kerja kat opis aku.. aku kenal lah… eventhough tak rapat tapi tau lah nama and so on… Aku rasa dah nak masuk 4 ke 5 bulan dia beli kereta ni tapi kau tengok… plastik balut seat tu tak bukak lagiiiiii… punya lah cermat giler! Kalau aku… tak sempat nak keluar dari showroom aku dah baraikan plastik tu.. tak kuasa aku nak duduk and drive dengan bunyi plastik kosek-kesek kat bonbon aku yang megamax ni…. And yang paling kelakar, hari tu aku nampak dia keluar pi lunch, bawak budak2 section dia naik kereta ni… hehe..apa perasan duduk atas plastik cover tu ek..? HAHAHAHAHAHA… keji nye aku ketawa kan dia.. tapi pada aku, you pay a lot of money, why not enjoy it… simpan dalam plastik takut rosak, bonbon dia berpeluh keluar asid ke? boleh rosak fabrik…. muhahahahah… memang keji sekali lagi ketawa kan orang…. :P  Ini macam kes mak-mak zaman dulu, beli pinggan mangkuk mahal-mahal letak dalam almari, alasan nak pakai time-time istimewa saja… so hari-hari, makan pakai pinggan ayan… hahaah… sudahnya sampai dah tua and meninggal, pinggan tu adalah sekali dua je pakai.. sayangnya.. bukan ke lebih baik pakai je hari-hari… dah dibeli, pakai je lah.. walaupun pakai hari-hari, masih boleh cermat kan..? kalau rosak, dah memang masa dia, tak pe lah… pada aku menyeksa diri jek, terlalu cermat…. hahahahaha..kata-kata dari seorang yang memang buragas dengan barang…. tapi aku PUAS pakai ok..? :P

Posted in Boring + bosan = meraban, MARI CERCA | Tagged , | 4 Comments

Tak perlu kata apa-apa…..

Posted in Boring + bosan = meraban, Food | Tagged | Leave a comment

Kek Baldu Merah Konon…? Baldu keeeee ko?

Ini le rupe red velvet cake aku yang tak berapa nak velvet dan tak berapa nak red… capuk-capuk ada lah…. hahahahaha…. Secara jujur nya lah… ini kali kedua aku buat kek baldu yang tak berapa nak baldu ni…. and secara jujur nya jugak, aku tak paham apa yang diaorg menggila sangat pasal kek ni..? Nak kata sedap sangat, tak jugak… rasa macam chocolate cake je.. dah la pewarna merah setengah botol… bukan ke tak bagus tu..? Banyak sangat makan pewarna? Kalau aku nak puji yang best pun ialah creamcheese topping dia… itupun kalau buat macam yang aku buat ni la… kalau kena macam yang aku beli kat niniq bakery tu, tak sedap mana pun…. rasa macam berminyak aja…. Kalau aku  jual Red Velvet Cake ni, aku nak jual 1 biji RM50.. Topping dia mahal dol! Itu pun untung tak seberapa, cukup buat lepas 1 capucinno venti ja…. :P

Btw, aku buat kek ni pakai resepi INI, next time aku nak try resepi INI pulak…

Posted in Boring + bosan = meraban, Food | Tagged | Leave a comment

Lempeng Mat Salleh ~ Oaty Pancake

Aku upload gambar previous post kat FB aku and someone commented that it was garang and mengingatkan dia betapa garang nya aku semasa sekolah.. At first i thought i was ok with that statement, obviously i was not lah. Kalau tak, tak kan sampai terbantut beberapa hari aku tak boleh nak update blog sebab aku memikirkan macam mana nak tulis pasal benda yang tak penting langsung ni… (hehe..) Ok lah.. aku rasa lebih baik aku set dalam kepala aku macam ni je… i cannot please everybody, so what kalau dia perceive aku as garang, i am what i am.. and as long as i remember, dia belum lagi kena marah dengan aku… hahahaha…

These people from my past, most of them have different memories that they held on to. Macam this lady yang commented aku ni garang masa kat sekolah, the memory that i had of US was the one, at her aunt’s house. Kitaorang duduk kat kitchen mak sedara dia makan sandwich sardin. I remembered because aku tak pernah makan sardin mentah, potong bawang, potong lada and perah limau and make it into a sandwich. Sedap plak tu.. At my own house, jangan harap aku nak makan kalau mak aku buat macam tu, it must always, always be cooked… :P I also remembered that i ate a lot… A LOT! So i would think, that her memories of me would be about how much i can eat and not about aku being garang.. because honestly.. masa sekolah, aku bukannya garang, i was a nerd, quiet and naive (albeit.. degil). Mostly aku seorang pendiam because i don’t like to draw attention.

Arrgghhh… persetan lah semua tu… aku nak tayang ini… Oaty pancake… sangat sedap dan mengenyangkan.. guna bahan-bahan yang sihat..

  • 1/2 cawan instant oat – kisar
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp gula pasir
  • 2 tbsps yoghurt
  • 1 tsp baking powder
  • 3/4 cawan susu segar

Cara masak :

Campur semua bahan, gaul rata. Masak atas kuali leper, makan dengan jem, butter dan sirap maple.. yummy!

Posted in Boring + bosan = meraban, Food, resepi | Tagged , | 4 Comments

Typical Aku….

Aku ada radio yang org hadiahkan kat opis, dah 2 kali aku datang pagi, bukak radio and terkejut berok sebab volume radio tu kuat giler and channel sudah bertukar…. first time berlaku, aku dah letak notis kat radio aku tu… lembut sikit bunyi dia…. Kali ni, aku dah fed-up, tak guna lah cakap baik-baik dengan jembalang …. Aku tak suka orang usik barang-barang aku, hatta sebatang pensil atau sebiji pemadam!!!! Jadah you! Pakkal aku tak tau who the culprit is, kalau aku tau, aku nak tanya dia, kenapa kau ni… Kalau kau orang johor, dulu kecik2, mak kau tak hantar pergi sekolah agama ke? Tak de adab!!

Patut lah tahun lepas, manager pompuan tu tanya aku, ‘Julie, you tak tutup radio ke semalam masa you balik? Pagi tadi i datang, your radio was SO LOUD!’ KAN? Mesti kerja jembalang biadab tu… aku kalau bukak radio ni slowwwww sangat and i always, always make sure that i switched it off before i piss off….

Posted in Boring + bosan = meraban, MARI CERCA, Merentan & Meroyan | Tagged | Leave a comment