oRANG gILA

oRANG gILA

Tadi seorang lelaki datang ke opis aku. Apa yang special tentang lelaki itu? Dia pandai cakap bahasa inggeris, terlalu pandai sampai kau tak paham apa dia cakap. Mula-mula dia datang, dia dah tersengih-sengih depan cubicle aku, bila dia bukak mulut bercakap baru aku teringat yang mamat sengal ni pernah datang office aku dulu (jumpa orang lain lah) nak buat personal loan and make a huge ruckuss. Oleh kerana aku tengah zen pagi ni, aku malas nak layan mamat sengal yang merepek ntah hapa-hapa. Aku mintak tolong colleague aku, attend dia. Wah, si sengal ni mula lah buat bising, insisting nak bercakap dengan aku. Colleague aku ni pun sengal jugak, dia panggil nama aku depan mamat sengal ni, dah asyik dia sebut-sebut nama aku sedangkan before this dia tak kenal pun aku. Bila aku tanya ‘how can i help you?’ dia bantai gelak-gelak, geleng-geleng kepala macam aku ni bangang sangat, lepas tu dia speaking London cockney accent merepek meraban ntah hapa-hapa. Tak panas hati? Macam pada dia, kita tak ada kerja lain selain dari jadi bahan untuk amusement dia.  

At last, assistant manager aku keluar attend to him, boleh pulak cakap siuman. Dia cakap nak check account kereta dia, bila AM tu kata kau kena pergi tkt. 30 dia tak moh, suruh jugak AM tu check. Bila AM tu check, the account doesn’t even exist. Boleh? Dah buat bising kat opis orang, rupa nya kau bukan nya customer  kitaorang pun. Sebenarnya aku rasa kereta tu bukan kereta dia pun, tak kan lah tak ingat kereta sendiri buat loan kat mana, ye tak? Suka-suka nak mintak information, pooodaahh lah lu!  Yang aku tak boleh tahan tu cakap english cockney accent yang ntah apa biji butir, lepas tu bila kita tanya baik-baik, dia nak bodoh-bodoh kan kita pulak. Muka macam melayu, tapi more like an indian and i heard him talking in BM so it’s not as if dia tak tau cakap B.Malaysia. Dah tentu lah kau tu pegang IC biru, tak tau lah kalau pendatang tanpa izin (mamat bangla pun tau cakap BM lah). Menyampah aku… nak je aku cakap; *‘Drop the fake cokcney accent and talk in a language i can understand. Tak guna speaking berabuk kalau tak de orang paham. Ni Malaysia lah bukan London

*edited

2 Responses »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>