Okara ialah hampas kacang soya setelah kau perah susu soya nya..

Okara ialah hampas kacang soya setelah kau perah susu soya nya..

Sebenarnya aku memang tengah tak ada mood nak blog malam ni, letih la…siang tadi panas sangat…tapi satu komen yang gua baca hari ni dah buat wa sentap ok! Kenapa bila aku cerita yang ‘kami’ i.e aku LAKI BINI (YES AKU DAH NIKAH!!!!!) tak suka pergi membeli belah di bazar ramadan, aku pun terus di tanya dengan soalan cepu taik ~ kenapa aku susah sekarang ni? Boleh??? Boleh ke tanya soklan taik kering yang direndam cuka ni????  Korang rasa apa agaknya mental capacity orang yang bertanya kan soalan yang sangat menduga kesabaran aku nih..? Dia tak tau kalau nak pergi bazar ramadan tu, jalanraya sesak, stuck kat traffic jem, bila sampai bazar tak de parking,  semata-mata nak pergi beli overpriced food yang tak berapa nak sedap, sedangkan kalau masak kat rumah lebih senang (cuma penat sikit laa…) ? Ingat rumah aku tepi bazar ramadan ke? ISHH!!! Panas berdesing betul hati aku,  sepanas pinggan hotplate tau!

Ini serupa dengan perempuan mulut puaka kat tempat kerja aku yang tanya laki aku kerja apa, bila aku kata dia pengail professional yang freelance (i was asking for it kan..?),  dia boleh jerit cakap kat aku; so his income not stable lah? how much he gets per fish? BOLEH KEEEEE? Tanya soalan macam tu kat kaunter bank masa aku tengah nak tukar duit raya???  (for the record she was not joking..) Apa masalah orang-orang ni? Kurang zat kah semasa mereka sedang membesar lalu membuat otak mereka terencat??? Bencik!!!

So aku rasa posting ni memang lah sangat sesuai….. sebab aku ni kan SUSAH….hampas soya pun akak makan gamak nya….. tapi jangan marah….akak sangat puas hati minum air soya buatan sendirik, walaupun aku tak berapa gemor dengan bebenda hasil dari HAMPAS ni….

Sekian, enjoy the pictures….. :)

okara-vadei

Ini ialah vadei yang dibuat daripada hampas soya..... tak sedap sangat...

okara-croket-4

Ini ialah croquet yang aku buat dari hampas soya gak...pun tak sedap...

P/S… dah lama simpan post ni dalam draft tak tau macam mana nak post… akhirnya berguna juga… 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>