No Explanation Necessary….

No Explanation Necessary….

No apology

Sekarang pukul 2.20am….kenapa lah aku ni asal tak boleh tido je update blog mesti time2 macam ni…. Ok tipu…bukan sebab aku tak boleh tido sebab sebenornya aku dah tido tadi lepas isya dan terjaga pukul 11pm.. Lepas tu bangun2 je, turun bawah pi dapuq senduk nasi, bantai kasi licin….lepas tu buat capucinno satu mug balun…..macam kokedai nak mintak penampor. Tak lama lagi badan aku mesti boleh challenge tong lemak…aku akan mengalahkan dia dan menjadi tangki lelemaks berjalan….huahuahua… Baru padan muka aku, asyik mengutuk tong lemak..tong lemak, tuhan balas jadi TANGKI LEMAK ada kaki kontot terkedek2 nak jalan….

Sigghhh…apa nak merepek hari ni? Nak amukan macam dah malas….gila tak kalau aku kata aku rindu kat gigi karat tu? Of course lah gila….orang tu tak de pun pikirkan aku walau sebesar zarah pun…secara logik dan rasional nye, aku memang tau aku tak akan bersama dia lagi….how can i? After all of the things he did to me? Tapi aku pun tau part of the problem was with me. Aku sentiasa nak bersama dengan dia, balik kerja terus nak jumpa, ajak dinner together, nak spend time together…kalau boleh nak jumpa hari2…. tu belum phone calls nye lagi, whtsapp, msg…kata2 cinta, professing my undying love for him…. Aku sibuk nak tau dia pergi mana, jumpa siapa, buat apa, dah makan ke belum? Pakai baju apa hari tu…..? Bila weekend aku tak kerja sibuk nak ajak dia spend time… mana lah si gigi karat tu tak bosan kan? Kang nanti tiba2 aku surprise datang kat tempat keje dia hantar nasi ayam lah, goreng pisang lah, coconut shake lah….menyibuk kan? Ganggu dia nak keje… Nak jumpa hari2 sebab nak beri kat dia fresh set of kain baju dia yang aku tolong basuhkan…tu semua aku nak control hidup dia. Ye lah bila aku control kain baju dia, aku dah control kebebasan dia daripada pergi ke mana dia suka…. kan? Patut lah dia selalu terjerit menengking2 aku bila aku ajak jumpa… Ajak pergi dinner, nanti aku menyebabkan perut dia kenyang i.e mengantuk… lepas tu aku pulak tu yang pi sibuk2 nak bayar sampai dia tak ada kesempatan nak belanja aku guna duit dia…. Hhmmmm….kesian gigi karat…. Memang tak patut betul aku ni, menyusahkan hidup dia macam tu…. aku memang deserve dia layan aku macam ni… I made his life a living hell……

Aku rasa maybe aku memang over lah… Sepanjang aku berkawan dengan dia, on average aku jumpa dia 5 hari seminggu….the only time aku tak jumpa is when dia pi outstation… itu yang dia cakap dia dah tak tahan nak layan kerenah aku. Ye lah, dia tak de masa untuk buat benda2 yang dia suka…. like memancing, memburu, pergi karaok menyanyi, melepak dengan kawan2, jumpa anak…… sebab kalau bawak aku sekali kan leceh? Nanti sibuk nak pi toilet nak kencing, sibuk cakap lapar, aku memang tak suka pi karaok nyanyi, dia tak boleh nak nyanyi duet…. macam dia buat dgn tong lemak, nanti ikut pi lepak dengan kawan, aku ajak balik cepat, kalau aku ikut pi jumpa anak, nanti janda dia nampak pulak….(ye lah sebab hari tu gigi karat and janz dating dalam keta, pastu peluk2 kan? yang aku pulak boleh potong stim tiba2 muncul dok perati kat tepi tingkap keta, aksi janz tu tumbuk2 dada gigi karat yang tengah kontrol macho) Aku ni menyibuk nak ambik tahu hal dia.

Tapi aku rasa lah kan yang paling dia tak boleh belah dengan aku is sebab aku suka suruh dia pergi mandi, suka tegur dia suruh sembahyang…dia pernah cakap kat aku…

” Abg bukan budak kecik….you tak payah nak paksa abg mandi…abg tak suka. Jangan sibuk nak nasihatkan orang, cermin dulu diri sendiri. Orang kalau nak jadi baik, you tak payah nak suruh2, dia akan buat sendiri. Eh, aku benci betul lah, kau ni memaksa aku, eh mak bapak aku sendiri pun tak nasihat aku tau!”

So…gigi karat..sorry for making your life so miserable ye… Ye lah…kalau dah mak bapak kau pun tak sibuk nak nasihatkan kau, siapa lah aku yang ntah dari mana kau pungut ni kan…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>