Ngarku….

Ngarku….

Biasa tengok ni…?

ngarku

Biasanya bila dah dekat-dekat time raya cina mesti benda ni berlambak kat hypermarket and pasar-pasar.

ngarku-2

Dulu masa aku tak tau, bila aku nampak auntie2 sibuk berebut pilih benda alah ni, aku tertanya2 lah, apa agaknya dia masak dengan benda tu… Satu hari tu aku tak boleh belah, curiosity gets the best of me, aku pun beli beberapa biji. Bila balik rumah aku pun start lah test tasting, mula aku rasa mentah, macam rasa sengkuang cina or waterchesnut tapi a bit bitter. Aku pun potong macam nak buat fries and goreng and rasa nyer …… yuckh! tak sedap sangat sebab can still taste the bitter taste and tekstur dia agak kering but then aku ada termakan yang part aku terhiris nipis, and those were really good! So the rest of the batch, aku hiris nipis-nipis and goreng. Sedap!

ngarku-3

A few days ago, aku berjalan kat pasar and jumpa these ngarkus, lebih montel dari yang aku selalu nampak kat hypermarket so hati sudah teruja nak beli. Beli sikit jek dalam RM2.90. Masa aku nak bayar tu, si indon kat kedai tu sibuk tanya; Eh, awak tau makan ini ahhh? Awak tau masak macam mana ka? Saya banyak kali buat baru jadi.. hehehe  dia ketawa.Aku masa tu pikir; Eleh, mabok ke apa? Singgah kat kedai nak beli barang lain pun, amoi tu tanya aku; kakak, you pun makan ini aah? Aku cakap kat dia; ya lor, selalu you buat masak apa amoi? Dia pun cerita lah, goreng dengan sayur, selalu nye potong halus and buat macam biskut (kerepek or chips ler tu…)…. Hmmm… tak kisah lah… balik aku pun hiris nipis2 and goreng…. sodap! tapi kan… benda ni bila dah dekat nak masak,  masa dalam kuali tu, meletup tak henggat punya! Padahal aku dah tos giler masa nak goreng, and chips ni dah kuning keemasan pun, masih gigih meletop! Masuk mulut pun meletop gak..sedap!

ngarku-4

6 Responses »

  1. yesza… and dah siap makan and basuh kuali….. aku pun tak pasti kenapa dia gigih bebeno melotup2…mcm mercun pulak…. (sgt seswaiii musim binatang ni coincide dgn raya cina..) mungkin sebab banyak air lah… ye lah dia kan spesis waterchestnut jugak…..

  2. cuba, try, test….. wa tell you tak rugi…. rasa sgt sedap macam potato chips yang dalam botol tu (of course, without the msg)… 😀

  3. haaa, tahu gak dorang buat kepek, tpi tak pernah le lagi terbeli..
    katanya agak keras nak dihiris, benarkah cik puan julie berdasarkan pengalaman anda?

  4. Hantumakan,

    Jangan percaya khabar angin, sebenar nya tak keras mana pun, lebih kurang macam waterchestnut saje. Kalau yang jual tu biasanya chinese folk buat, rega dalam RM18 satu telap. Rugi wooo…! Baik buat sendirik, modal ciput and you know bersih and halal.. Rasa ngarku chips adalah sangat tidak mengeciwakan…. (tiba-tiba jadi spokeperson ngarku…) 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>