Nasi Dagang

Nasi Dagang

Sempena raya korban ni, aku masak nasi dagang tapi aku tak masak lauk kari ikan tongkol, aku masak ayam kuzi and acar nenas jek. Sebenar nya aku bukan lah peminat nasi dagang sebab nasi dagang yang aku makan biasa nya rasa macam pulut and pulut tu bukan makanan favourite aku, so tak dan lah.. Sampai lah tahun ni, masa raya hari tu pergi rumah terbuka kawan en. laki, menu rumah dia mak aiii…. sangat menjilat jari, salah satu yang membuat aku menjilat jari tu ialah nasi dagang – sedap wife dia masak! Dia pakai beras nasi dagang yang ada macam beras perang tu, and rasa dia tak macam pulut pun, i loike! Ada satu masa en. laki pergi ke terengganu, aku paksa dia beli beras nasi dagang and rempah kuzi…hehe… lama gak peram beras tu tak masak-masak, ini hasil nya…

nasi-dagang

Resipi gua cilok dari website—–>  ini tapi sebab ini personal journal gua jugak, gua catit sekali disini supaya adik gua yang mulut puaka tu boleh cakap gua plagiarise resipi orang….

Bahan-bahan :

Bahan untuk Nasi
1) Beras nasi dagang (500g)
2) Halba (1/2 sudu)
3) Halia – dipotong halus (1 cm)
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Santan daripada 1 biji kelapa (1 cawan)
6) Gula (sedikit)
7) Garam

Cara masak :

  1. Cara-caranya, campurkan halba dengan beras yang sudah dibersihkan dan masukkan 3 cawan air. Rendam beras selama satu jam dan toskan airnya. (gua tak letak halba sebab orang dalam rumah ni semua jakun tak suka makan halba)
  2. Selepas itu, masukkan beras ke dalam periuk kukus dan kukus sehingga masak.
  3. Kemudian, masukkan nasi ke dalam periuk yang berlainan dan gaul dengan ½ cawan air hingga nasi menjadi lembap.
  4. Setelah itu, kukus nasi sekali lagi. (proses ni gua buat 3-4 kali (almost 1 hour) sebab nasi gua tu keras, tak empuk2 – rumah gua kan ramai orang tua tak de gigi, nanti masak nasi keras bising pulak..)
  5. Seterusnya, potong halus bawang merah dan masukkan ke dalam santan, diikuti dengan halia, garam dan gula. Kacau hingga sebati.
  6. Apabila nasi masak, masukkan ke dalam periuk dan terus gaul dengan santan tadi sedikit demi sedikit hingga semua bahan sebati. (lepas tu sambung kukus balik selama 10-15 min)

* yang rupa tulisan macam ni tu, komen gua eh..

2 Responses »

  1. cari lah…. aku pun rasa macam nak buat lagi tapi kali ni aku nak buat lauk kari pulak…. hehe tapi ayam lah bukan ikan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>