Nasi Dagang Kelantan, Gulai Ayam Ganu & Pencuk Johor

Nasi Dagang Kelantan, Gulai Ayam Ganu & Pencuk Johor

2015-02-13 16.17.07

Salam jumaat uolls…. Hari ni i nak share resepi nasi dagang Kelantan, gulai ayam ganu dan pencuk johor.. Lagipun senang bila nak masak bila2, kalau tak ingat resepi boleh check dalam blog sendiri…. I masak nasi dangan versi Kelantan or ala – ala Kelantan.. guna beras nasi dagang Faiza…sekampit 2 kg, banyak tu… ntah bila lah nak habis….

2015-02-08 19.12.08

Haaa..tu ghuper beras tu..pada sesiapa yang teringin nak beli. I masak campur dengan beras basmathi sebab tak tertelan pulak rasa kalau full beras nasi dagang ni…macam keras je rasa… hihi gedik kan… ish..tensen nye update pakai hp…asyik lah typo error..maklum lah..jari jemari i besor kan…

Masak nasi dagang macam masak nasi lemak, bawang merah, bawang putih, halia, halba and santan. Beras tu i rendam dalam 8 jam..

Lauk pulak i gandingkan dengan gulai ayam ganu. Masak pakai rempah masak cap bunga rose. Rempah ni kawan i bagi, terima kasih banyak2 lah kat saghah… baru lah i dapat merasa nak masak and makan gulai ganu ni… Bau masa masak gulai ni memang wangi, tak sabar nak mamam…. ok resepi macam kat bawah ni :

  • 5-6 biji cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm kunyit
  • belacan besar ibu jari
  • 1 btg serai
  • 2 tbsp rempah masak cap bunga rose
  • sedikit santan
  • Daging ayam (i guna separuh dari seekor ayam kampung)
  1. Kisar semua bahan2 kecuali ayam, serai, rempah dan santan.
  2. Tumis bahan2 kisar sampai pecah minyak, campak kan sekali serai
  3. Masuk kan rempah cap rose, kacau sampai sebati dan masak
  4. Masukkan ayam dan kacau, masak untuk kecutkan ayam
  5. Masukkan air dalam 1/2 liter, kacau rata, tunggu mendidih, kalau suka campak kan beberapa biji cili padi
  6. Bila ayam dah hampir masak, masukkan santan dan renihkan sehingga masak

ini rupa rempah masak cap bunga rose ye…

2015-02-13 16.23.14

Pencuk semua orang reti buat, i guna timun, nenas dan bawang. Hiris dan gaul sebati. I tak letak pun garam ke gula ke, cuka…semua tak letak..sebab tak suka.. makan gitu je pun dah sedap….

Nah gambar pencuk…dgn nasi ye…

2015-02-13 16.23.53

Ok itu saje…babaisss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>