Nasi Ayam Instant @ Segera

Nasi Ayam Instant @ Segera

Hari ini aku masak nasi ayam. Guna pes instant @ segera. Senang bangat….

Dulu aku memang tak suka masak cheat2 ni, pada aku tak sedap and tak authentic lah konon…. tapi pes dari cosway ni buat aku convert plak.. hihi 😛 Senang amat, tak payah tergedik2 nak kupas bawang and halia, nak blend, nak apa2 lah… Just open the bottle and you are ready to cook your meals….. heeee…

Masak Nasi Ayam :

  • 500 gms beras basmathi
  • 500 + gms air
  • 2 tbsp chicken rice mix
  • 1 batang serai – ketuk
  • 2 helai daun pandan – koyak and simpul
  • 1 kiub perasa ayam – knorr ke maggie terpulang

Cara2 nya :

Gosek beras sampai bersih, tus kan air nya, letak dalam periuk rice cooker, tuang air, letak chicken rice mix, campak serai, daun pandan and kiub ayam. Tenggek dan switch on, tunggu sampai masak. Half way masak, kacau2 nasi tu untuk ratakan kiub ayam tadi, kalau tengok macam air kurang boleh tambah…

Masak Ayam :

  • 1 ekor ayam – potong 8 atau 10, tak nak potong pun boleh
  • 2 tbsps chicken rice mix
  • 2 tbsps sos tiram
  • 3 tbsps kicap manis cap kipas udang
  • 1 tbsp madu
  • sedikit garam

Cara2 :

Ayam yang sudah dibersihkan, di tos kan air nya. Lepas itu, campurkan semua bahan2 diatas dan perap selama 1-2 jam. Kemudian goreng sehingga masak. Disebabkan perapan ayam ni mengandungi kicap and madu, goreng dengan api yang sederhana dan kena rajin balik2 kan supaya dia tak merentung sebelah je… Lebihan perapan ayam tadi, letak dalam periuk tambah lagi kicap dalam 1 senduk, masak hingga sedikit pekat. Lepas tu, siram ke atas ayam dah siap di goreng.. Sedappp!

Masak Sos cili :

  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 senduk air sup
  • 3tbsps sos cili life
  • 1 tsp cuka
  • 1tbsp gula – atau mengikut citarasa memasing la ya…
  • garam secukup rasa.

Cara2 nya :

Campur semua bahan2 di atas dalam periuk, gaul rata dan masak sampai gula hancur dan sedikit pekat

Masak Sup :

  • 2 tbsps chicken rice mix
  • Air dalam 300ml
  • halia besar ibu jari – kupas kulit dan ketuk
  • 2 tbsps chye poh
  • karot 1 batang – kupas kulit & potong ikut suka
  • 1 kiub perasa ayam
  • daun bawang & bawang goreng
  • garam dan lada sulah secukup rasa

Cara2 :

Semua lebur dalam periuk (kecuali daun bawang & bawang goreng), tenggek atas api tunggu hingga mendidih. Bila mendidih, rasakan garam dan lada sulah, letak daun bawang & bawang goreng tadi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>