Nasi Ayam ala Julie…

Nasi Ayam ala Julie…

Sekarang susah nak cari nasi ayam yang menepati tekak aku. Dah lah mahal, ayam sikit, tak sedap pulak tu… Semalam pergi makan kat food court CS tapi nasi ayam dia separuh masak daa… rasa jelantah… rugi jek RM5.80. So hari ni, ingat nak masak kicap jek, konon-konon bodek laki aku lah… sambut dia balik dari KL dengan lauk kesukaan dia. Ntah macam mana, masa tengah ambik dia tadi, timbul pulak idea nak masak nasi ayam.. haha.. gedik nya aku..

ini baru best... nasi yang gubusss....

Ini cara gue masak :

  1. rebus tulang ayam dengan air (obviously… :P), campakkan juga dua ketul bawang putih, bawang merah seketul, carrot sebatang dan jangan lupa halia setongkol; alah besar ibu jari gitu. Belah-belah je tak payah tumbuk nanti sup tak clear.
  2. Marinate ayam dengan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, 1tsp serbuk jintan, 1 tsp serbuk ketumbar, 2 tbsp sos tiram, 2 tbsp kicap cap kipas udang kaler merah, 1tbsp madu, sedikit garam. Lepas dah marinate (berapa lama lah korang suka) goreng ayam dalam minyak setengah masak, dalam 5-10 minit. Pastu letak dalam dulang bakar tutup dengan aluminium foil and bakar dalam 30 mins, suhu 250celcius.
  3. Masak nasi…. selalunya aku guna ratio 1:1.5 beras and air. Sebelum tu, tumis bawang putih dan halia yang sudah di tumbuk ( 1 biji bawang putih and 1/2 inci halia) + sebatang serai yang diketuk, masuk beras yang sudah dicuci tus and goreng sampai tumisan bawang tadi dah coat beras dan beras pun putih along the edges. Masuk kan stok ayam tadi megikut berapa banyak beras korang. Masuk kan daun pandan, tunggu masak…setel.
  4. Buat sup, just guna stok ayam tadi (strained, of course)  cuma tambah dengan hirisan halia, jeruk yang makan dengan bubur tu… lupa nama daa…, bawang goreng dan daun sup dan daun bawang yang dihiris. Important, bawang goreng tu kalau tak de tak best.
  5. Sambal, aku guna lada kisar 1 senduk, tambah dengan 1 biji bawang putih + 1/2 inci halia yang ditumbuk, 1tsp cuka, air 2 senduk, garam dan yang penting gula.
  6. Kicap, lebihan perap ayam tadi, campur dengan 1 senduk kicap, i senduk air dan 1tbsp sos tiram. Masak sampai mendidih.
  7. Ulam-ulaman jangan lupa, timun, tomato dan daun salad….

Lepas tu assemble macam ni dan ngap…!

Besttt!!! Puas hati dapat makan...

Malam ni nak pergi PC fair, nak tambah RAM…. laki aku belanja.. yuhuuu! Lepas ni tak berebut lagi dengan anak bongsu nak pakai PC…

3 Responses »

  1. salam kak. sayeH sebOK surf cr info psal tunjuk laut resorT, google g tunjUK blog akak ni plak. tp.. perghhh.. akak ni mmg sempOi la. sayeH br baca 1 page dh rasa bes giler. 2 kali sayeH cuba wat blOg citer2 mcm akak ni, asik fail jek. last2 sayeH wat blog mkn2 in english.. saje promoTe tmpt2 mkn yg beS especially kat JB nih (sama lak kita dok JB. heeee), bg omputeH pon leh paham. ehh panjang lak sayeH bebel kat sini. sorry kak.. anyway, nice blOG.. sayeH akan ikut blOG akak ni start ari nih (^^,).
    take care n have a nice day!

  2. heh..heh…. tima kasih daun keladi, sila lah datang lagi….(pantun malu-malu kucing nak terberanak)..

  3. Julie, hang marinate ayam tu dengan jintan manis ke jintan putih? Aku nak try buat la besok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>