Mulut macam cencorot….

Mulut macam cencorot….

Hari ni masa tengah makan breakfast mee goreng dengan sambal tolor rebus yang sedap, aku teringat kat colleagues lama aku. Aku nak guna bahasa malaysia untuk colleagues, kawan sekerja, tapi aku rasa macam tak sesuai sebab diaorang tu bukan nak berkawan dengan aku pun…Entah kenapa agaknya aku teringat kat diaorang, tak de lah rindu ke apa sebab macam aku cakap lah… bukan nya baik pun…

Aku nak start mengumpat dah… isshh… menambah dosa je aku ni hari jumaat ajak korang yang baca, bersubahat mengumpat kan? Nak buat macam mana, blog aku ni memang keji, tempat untuk aku mengumpat bagai… Mengumpat tak best lah bunyi, pada aku lebih kepada berkongsi pengalaman. Cerita benar bukan rekaan tau.

Dulu masa umur aku awal 20an, aku kerja kat satu syarikat insurans ni. Perangai aku yang tak berapa suka nak bersosial ni memang dah lama ada, nak-nak kalau orang yang aku nak bersosial tu macam tak masuk kepala kan? Aku memang lah lagi suka menyendiri, paling tidak pun, bila angin pus2 datang, ada lah aku nak campur dengan diaorang ni tapi ada limit! Tak de makna nye aku nak bersembang bagai. Berbual sotong, lawak bodoh aku suka lah… masuk cerita rumah, pinggan mangkuk,beli kereta (beli kancil pun gah – masa tu kancil baru keluar) laki sapa kerja best, anak sapa pinterrr, aku malas lah nak join… BOSAN!Yang aku ingat masa aku kat syarikat tu, kawan aku ialah seorang jantan india yang gay – mike (nama samaran noks).

Dulu si mike tu jiran aku, masa duduk kat flet lumba kuda yang dah arwah tu. Bila family aku pindah, aku pun lost contact dengan si mike ni. So kitaorang pun ala-ala jejak kasih lah kerja kat tempat tu kan. Setiap kali lunch, kalau mood aku baik or lebih tepat kalau mood poket aku baik, aku pergi lunch dengan mike. Jantan ni taste besor, nak makan tempat mahal jek, jadi aku yang gaji masa tu cuma RM500 mana lah nak mampu kan? Satu hari tu, aku memang dah sengkek bangat, so tak ikut lah si mike tu, dia pun ada appointment bagai, nak berdating dengan jantan mana dia hangkut agaknya, aku beli tapau jek dari kedai makan. Balik opis pergi lah pantry nak makan, masa ni *mak kiahs tengah ramai kat pantry makan lunch. Memang rutin diaorang, nasi tapau or kirim *pak kiah (opis boy) beli makanan, makan kat pantry. Itu aku tak kisah lah, aku kan memang tak ambik port benda2 macam tu, aku buat je hal aku iaitu melantak sebab dah kelaparan, cuma aku perasan lah diaorang tak kecoh macam selalu. Bila dah habis makan, aku pun belah lah sebab pantry tu kecik and ada lagi orang yang nak makan. Yang best nya, masa aku dah belah tapi belum jauh lagi ok, aku sempat terdengar satu suara sumbang ni cakap, APASAL DIA TU? MIMPI APA NTAH! SIBUK NAK JOIN KITA MAKAN KAT SINI…. mumble2…. lepas tu ketawa terbahak2…. Kalau korang lah jadi aku, kecik tak hati? Aku tau dia cakap pasal aku bukan aku paranoid ke hapa ok? Mende lah, bukan dia tak dapat duduk pun masa tu tapi nak jugak melaser aku yang suci berdebu ni…

Dalam ramai mak kiahs tu aku ada juga baik dengan satu kakak, *Kak Leha. Aku baik dengan kak leha ni pun sebab kak leha ni sama macam aku suka mengekek ketawa, so bila berbual sotong tu memang best lah. Masa aku berhenti kerja dari syarikat insurans tu, aku mintak no tepon kak leha, niat tu nak keep in touch lah. Satu hari tu aku call kak leha, zaman tu mana ada handphone, ni talipon rumah atau land line, malang betul nasib, dah lah orang yang angkat talipon tu sangat tak mesra alam, kak leha yang aku rindui masa tu pun sama. Berbual macam nak tak nak, mengecewa kan sungguh. Mungkin masa tu aku muda lagi, tak berapa pandai nak menilai penerimaan orang kat diri sendiri. Maybe kak leha tengah gaduh dengan laki dia, aku boleh sibuk call pulak atau memang dia tak suka kat aku. Yang best nya, attitude aku time tu, boleh macam tak kisah,  just dalam hati cakap BELAH LAH LU! Cuma sekarang ni je bila aku pikir balik datang rasa marah.  Masa tu aku dgn mike tu memang different from the rest of the mak kiah in the office. He’s gay and i’m…….CONFUSED. Kenapa lah kita sebagai manusia ni suka sangat judgemental, bila orang tu lain sikit terus mulut muncung2 macam cencorot makan tembakau, sibuk mengata yang bukan2. Depan buat baik, belakang kutuk BAEEKKK punya… Humpph!

Dah la.. malas nak type lagi… satu – sebab idea tak de, 2 – sebab en. laki dah datang dekat,  sibuk kacau, dia nak pakai pc pulak…!

* Aku mintak maaf kepada orang2 yang nama nya kiah, ini tak de kena mengena dengan uolls, i just like that name kiah… bunyi nyer kepoh… (tengok dah judgemental…. mental tau aku ni… mental bukan mentel eh..)

* Leha tu nama bekas kakak ipar nenek sedara  aku, nasib lah …… ingat kau sorang je nama leha dalam dunia ni…? (mati lah gila dah datang…)

* Sebenarnya aku rindu kat mike… apa cerita jantan tu… masih gay kah dia… dulu dia cakap kat aku dia tensen kena paksa kahwin sebab mak dia sibuk dah cari kan calon… siap kutuk2 lagi bakal bini dia tu…bila aku kutuk, boleh ke kau kahwin mike, naik ke??? Lagi lah mengaruk mamat tu, muahahaha!  mike, mike… i miss you man!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>