Mee Udang – Kg.Tg. Langsat, Johor

Mee Udang – Kg.Tg. Langsat, Johor

Aku mula tau kewujudan tempat ni sebab baca kat blog adik ni ha… Memang terus teruja nak mencuba tapi …. sedih sebab aku sengal tak jumpa tempat… ada lah dekat 3 kali datang pasir gudang/tg langsat and tak jumpa tempat ni… Memang tak de rezeki masa tu.. So hari tu setelah si Sarah ni menayang kan lagi sekali mee udang yang dia gi bedal, aku sudah tak boleh sabar…. hehe pi sendiri ronda, bawak kereta sendiri…baru lah jumpaaaaa…… haahahahaha… orang lain semua makan dah lama jadi baja kompos, aku baru nak merasa….. Time aku pergi tu, hujan turun renyai-renyai, kira hujan rahmat la… sebab jumpa kan tempat ni. Aku rasa dekat setahun jugak lah mencari tapi tak jumpa…. haha loser nye! OK… this is what i ordered…

Mee udang, ada kata mee bandung, yang penting …sedap! Udang banyak, kuah tu yang paling penting memang SYIOK! Alamak, meleleh pulak air liur bila teringat.. binawe betul…  Aku order satu mangkuk je, share dengan my maman… dah kenyang la… tapi dalam kenyang tu, ikut nafsu dan mengorder ketam black pepper…

Ini pun sedap pada aku… aku cuma order ketam seekor… buat rasa-rasa..hah! padan muka lepas tu tak cukup and berebut dengan maman… Pada aku dia pandai masak ketam sebab kepala ketam tu tak licin dia kerjakan (basuh) aku bengkek betul kalau kepala ketam tu licin, tak de isi…sebab kat situ lah part yang paling steam kalau makan… hehe 😛 Jumlah kerugian pada poket adalah minima… aku rasa dalam RM30+, berbaloi-baloi.. sedap plak tu.

Anyway kalau korang nak tau cara nak ke sini sila lah baca blogblog mereka ni yek…. Mokcik malas nak bagi direction, kang ke laut plak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>