Masak Apa Hari Ni bersama Mak Mokz – Asam Rebus Keladi…

Masak Apa Hari Ni bersama Mak Mokz – Asam Rebus Keladi…

If you’re wandering, what the hell this is..? Wonder no more, it’s the stem of the Yam plant or kalau ko tu orang melayu lidah kuat makan belacan, batang keladi….. dol! This particular one, i bought at Tesco..sebab tu ler, batang tu macam tak cukup zat jek kan… Contrary to what people say, SIZE do matter…. tapi sebab aku sorang jek yang nak membaham pun… kecit pun, kecit lah…. yang ini rega dia cuma RM1.80 – lebih kurang la… murahsszzz kannn? Aku sebenarnya tak tau ler apa zat dan kebaikan makan batang keladi ni, except that, aku suka sangattttttĀ makan…. sedap! Petua aku, kalau tak nak kena tekak mengenyam, jangan basuh batang tu selepas siang…. Tau ke siang batang keladi macam mana? Sonang ja…. just tarik kulit luar dia tu.. outer layer batang tu… bila dah siap kopek macam ni lah rupa dia…

Lepas tu tangan korang jadi macam nni ha… sebab ….. aku malas lah nak minyak kan ke apa… leceh and MALAS…. haha

Haa… lepas ni, lebur semua batang keladi tu dalam periuk, tuang lah air sampai agak-agak tutup menatang tu, letak sekali sekeping asam keping / gelugur…. rebus sampai empuk… lebih kurang 10 minit.. lepas tu tos kan dan baru la boleh basuh sikit2..jangan over plak.. hancur berderai le batang korang…

Aku pakai resepi simple je masa ni sebab 1. aku dah lapar 2. aku memang pemalas giler…. 1 batang cili padi, 2 biji bawang merah, 1 biji bawang putih, segenggam ikan bilis, beberapa batang daun kesum dan 2 keping asam keping/gelugur…. yesszaaaa memang aku buat masammmm…. sedapppp…. hirup kuah masam, lepas tu makan batang keladi tu rasa manis-manis, tekstur dia plak ala-ala lembik, pastu macam berserat.. Nyummm… sedap dol!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>