Mari Makan Lauk ungkeeppp…

Mari Makan Lauk ungkeeppp…

Ungkep ni perkataan jawa tapi jangan ler tanya aku apa makna dia… aku kan jawa ala-ala ngencret (which i know means cair or cirit birit … kot? ewww!) So kena google la nak tau makna dia ek.. Yang aku tau, masak ungkep sangat senang sebab lebur semua benda dalam kuali tunggu sampai masak… senang kan?

Ini tadi masak untuk lunch… ungkep aku tak berapa ori sebab aku sudah suka suki tambah bahan ikut sedap kepala aku… heheh.. tak payah masak sayur makan jek daun salad dengan timun jepun lagii sedap..!

Resepi ungkep – style ngencret!

  • 3-4 potongan ayam
  • segenggam lada kering – buang biji, masak sampai kembang*
  • 2 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1-2 cm halia*
  • 1 tbsp biji ketumbar*
  • 1/2 tbsp biji jintan manis*
  • 1/2 tbsp biji jintan kasar*
  • 2 btg serai – potong *
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp serbuk kari – aku pakai raja kari faiza – pedas!
  • 3 biji kentang – hiris – goreng – ketepikan
  • 1 biji terung – hiris – goreng – ketepikan
  • sedikit air

Cara masak :

  1. Bersihkan ayam, basuh dan toskan
  2. Kisar semua bahan bertanda *
  3. Masukkan bahan kisar kedalam bekas berisi ayam, tuang sekali serbuk kari, sos tiram, kicap. Perap paling sekejap 1/2 jam (30 min ek..)
  4. Panaskan kuali, leburkan ayam yang di perap tadi. Bila kuah nampak agak pekat tuang sedikit air dan tunggu sehingga ayam masak dan kuah pekat dan pecah minyak. Perisakan dan lebur sekali kentang dan terung yang digoreng tadi…
  5. Makan dengan nasi panas..sodap!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>