Mari makan kuih lapisssss

Mari makan kuih lapisssss

Dah lama aku tak makan kuih lapis. Dulu masa masa budak-budak, one of the first kuih yang aku belajar from my mother is kuih lapis. Sonang jek… tapi sekarang ni kalau beli kuih lapis, tak puas hati betul sebab rasa dia tak berapa sedap. Selalu nye macam lembik melekat kat lelangit, macam tak berapa tanak.. Maybe sebab aku tak jumpa penjual yang pandai buat kot..? Hari tu datang angin rajin, so aku sudah google resipi kuih lapis dan decide nak cuba resepi dari sini. Alhamdullilah, menjadi tapi next time aku nak tambah telur sebiji. Ini arahan dari mak gue ni.. kata dia bagi lagi lemak.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 tbsps tepung gandum
  • 2 tbsps tepung jagung
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit garam, esen rose dan pewarna merah

Seperti biasa, aku buat kat loyang kecik aku tu jek.. siapa nak makan kalau banyak2 kan? Nanti terbuang rugi nye… satu pembaziran, dah la sekarang ni barang semua mahal… Jadi aku buat ngam2 soi je lah… itu pun liat nak abes.. pengabesnya nanti siapa? AKUuuu jugak.. 😛 Lapisan aku tu gomuk2 macam aku jugak… muhahahaha kes malas nak tunggu lama2, penat lah dok dapoq lama2…

Btw cara masak kuih ni senang je, semua bahan2 tu lebur dalam mangkuk, kacau rata kasi gula hancur, pastu bagi 2, satu letak kaler merah, and kukus satu warna adunan satu per satu. At the end of everything, biar kuih masak lagi dalam 10-15 minit. Sejukkan dan dah boleh potong and mamam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>