Mari makan Gulaiiii Ayaammm

Mari makan Gulaiiii Ayaammm

Ini lauk lunch last week rasa nye ke ntah bila… huauauahaaa (ketawa mcm org giler..), gulai ayam…. aku sangat suka ini lauk.. standard lah sendiri masak, sendiri puji… jangan nak loya-loya tekak baca… korang pun kalau sendiri masak mesti sendiri puji walaupun rasa non adooo… hihi..

Resepi Gulai Ayam Hjh Ani

Bahan2 :

  • Ayam 4-5 ketul
  • segenggam cili kering – buang biji, rebus*
  • 2-3 biji bawang merah*
  • 1-2 biji bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • 2 tbsp serbuk kari – aku pakai raja kari faiza
  • kentang & karot suka hati banyak mana nak letak
  • daun sop & daun bawang hiris
  • 1 biji tomato
  • Sedikit air asam
Cara masak : 
  1. Kisar bahan2 bertanda *
  2. Panaskan periuk, tumis bahan kisar sampai garing, masukkan serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air, kacau rata sampai pecah minyak
  3. Masukkan ayam, kacau rata, tuang sedikit air dan air asam jawa, masukkan kentang dan karot, tunggu sehingga ayam masak
  4. Perisa kan garam, masukkan tomato dan daun sop & bawang
  5. Dah siap boleh mamam dgn nasi…

Lepas tu, aku lupa ini untuk dinner ke, lunch the next day, aku masak lempeng jek, makan dengan kuah dia.. pun sodappp!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>