Mari kita makan…

Mari kita makan…

Pukul 10.30pm, me adalah lapar. Me sangat malas nak masak tetapi kebulur… how? Pergi dapur dah 18 kali, makan buah , tak kenyang, makan roti, tak kenyang…. (ya allah…urat kenyang putus agaknya me ni…). Teringat kat dalam esbok ada zuchini kuning, lada benggala merah, lama dah beli, apa cerita agaknya? Me terus terpikir nak masak pasta ala-ala sayuran….. 😀

Me pakai pasta ni…

fasta-felik

Rupa pasta ni adalah bergulong-gulong, umpama rambut yang baru di – corkscrew perm…(al-maklum nak raya cine, semua kenalan me yang berbangsa tionghua ‘perm’ lambut kecuali me punye asst.mgr, dia cuma kaler sajork..)  Me pernah nampak pasta gulong maut ini di blog cik Mat Gebu juga, nampak nya CMG juga suka bershopping di Tesc0 seperti me. Apa pun me sangat suka dengan blog abang mat. Dia best, rajin dan tak lokek ilmu…..

Kembali kepada zuchini me tadi, setelah me QC, nampak nya sayuran semua masih edible kecuali lada benggala merah me, telah dicilok separuh oleh ibunda me…humph! Mula2 me potong zuchini seperti batang mancis, oppss lupa plak, me juga guna kan dalam 6 ekor udang yang sederhana besar (me buang kulit badan tapi kepala simpan, kenapa? sebab me punya suka la… 😛 ) sementara itu me bakar lada benggala merah atas api dapur sampai hitam legam kalah bontot kuali dan juga laki me…. (maap sayang…) lepas tu me letak kan lada yang dah legam tu dalam mangkuk dan tutup, supaya proses condensation boleh berlaku (betul ke? me tibai jek… harap2 jangan lah ada professor sains datang saman me..) Bila dia dah berpeluh hapak bagai, kulit yang hitam legam rentung bagai arang tu akan dengan mudah nya tertanggal….. tadaaaa….. me belajar dari channel AFC….

Rencah yang me guna untuk menumis ialah, separuh bawang besar dihiris nipis, 2 ketul bawang putih, tumbuk dengan 1 sudu lada hitam. Sebenarnya me nak masak ala-ala mat salleh Italian tapi entah macam mana me terletak pulak SOS TIRAM! Anda pernah dengar ke mat salleh Italy masak pasta letak sos tiram? I think not, jadi me punya masakan, me berangan lah macam ala-ala fusion east meets west gitooo…. sedap! Kenyang perut me….

fasta-felik2

Ibu me ketawa bagai nak rak tengok me ambik gambar pasta ni. Dia cakap sesekali rajin masak ambik gambar laa…. Ishhh! Kaco daun, ibu me ni lah…. Rasa pasta gulong maut ni setelah me kunyah dengan penuh semangat, lebih kurang macam mee maggie me rasa…. <—-best kan ayat…. 😉

Sekian, laporan dari me.

** Nota tapak kaki—-> Amacam ita, menanah tak otak ko baca…? muahahahaha…. me loike!

2 Responses »

  1. huhuhuhu sedap betol rupa pasta ko itu…tak menahan aku..

    aku ok jer takdelah nak menanah bagai sebab me kan dah biasa manja2 vavi
    gitu….hiks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>