Makan2 Cari Passalllll – Restoran 6 Corner Seafood, Senibong Permas JB

Makan2 Cari Passalllll – Restoran 6 Corner Seafood, Senibong Permas JB

Ini cerita dah basi, biasa lah aku, M banyak. Pergi makan ni masa aku baru baik kena food poisoning tu. Mak aku kata, perut baru baik, tekak mengada-ngada nak makan seafood bagai… Memang tekak aku mengada-ngada sebab end up aku tak makan sangat pun. Jom tengok gambar dulu. Harap je pakai kamera DSLR tapi gambar macam hampeh la…. yang kerja amek gambar pun amek macam harem… Yang lawo sumer aku amek eh… (hehe..tak nak ngaku kalah..jobo tul!)

Ini ler rupa pemandangan dari senibong diwaktu malam….. cantik ok… lomantik oso, walaupun memandang tempat macam kilang ke apa ntah…sebab banyak lampu, i loike! Btw, gambar ni yours truly amek…lawa kan…? Tak de edit2 punyer, kali ni malas… hahahehe 😛

Ikan siakap 3 rasa tapi cuma ada 1 rasa, rasa sambal yang tak goreng tanak, a bit maung tak de rasa bawang ke apa…. Ikan memang habis kena makan tapi tak sedap ok… Gambar bukan aku amek…. golap macam yang amek jugak.. malas nak edit… lantok lah…

Udang butter ni sedap, udang sangat juicy. Walaupun dia tak lah rasa authentic udang goreng butter, tak de jurai2 telur tu… Nampak tak, ada expose budak jari gemuk….. sibuk je time aku nak amek gambor, time tu lah nak enterprem jari gemuk dia tu… hehe 😀

Tomyam campur. Aku tak makan so tak tau apa rasa…. Komen geng2 makan… boleh la….gambor aku amek… tak cantik… :(

Sotong goreng tepung. Pun aku tak makan, so tak tau apa rasa…. Itu jari laki budak jari gemuk…. aku gak amek gambor… tak cantik sebab tak menjadi macam yang aku nak… sedeh jugak :( (nak tampor je rasa… cakap macam tu.. )

Ketam Goreng Cili. Macam mana nak cakap ek…..? TAK SEDAP LANGSUNG! Macam mana orang ni boleh masak ketam masin, aku tak tau lah…. Tak pernah aku makan masakan ketam, masin. Isi Ketam kecut maybe because time kitaorang pergi makan tu full moon kot? tapi aku memang tak puas hati sebab ketam ni tak sedap. Kecewa sangat!

Ini ialah ikan stim limau. Masa baru sampai, aku terpikir WTF?? Kenapa ikan stim limau dia kaler merah and ada satu hirisan oren sunkist yang bagak? Needless to say lah… rasa memang out, TAK SEDAP LANGSUNG!!! Ini pun mendatangkan kekecewaan yang amat sangat pada aku. I was so looking forward to eating it, bila datang lain pulak rupa dan rasa. Biasa nya aku makan tempat lain, ikan stim limau kaler putih, TAK ADA LIMAU SUNKIST tapi air perahan limau nipis, hirisan halia muda, cili padi, bawang, ada tempat siap letak jeruk lagi and ikan adalah fresh dan sedap tapi kat sini pelik betul lah style dia masak. Tak sedap pulak tu, ikan tu pun macam ikan dah berapa lama terperap dalam esbok je… TAK PUAS HATI!!

So kesimpulan nya ialah… Restoran 6 Corner Seafood Senibong Permas tak reti masak. Masakan dia tak sedap mengikut tekak family aku, maybe family aku ni cerewet sangat kot sebab aku tengok tempat ni popular giler. Ramai giler datang makan. Aku tak paham, tekak aku yang cerewet sangat ke atau tekak orang2 yang datang makan kat sini yang lahar tak reti nak appreciate good simple cooking? Masakan kat sini memang simple tapi terlalu simple sampai tak sedap! Malam tu, total bil kitaorang ialah RM232.00 ada diskaun 75sen! Aku tak puas hati, 200++ for lousy food, Restoran Yeos yang kat Pendas yang aku tak suka tu pun is better than this place. At least the seafood is fresher. And satu lagi, aku dah bertahun tak masuk kat kg senibong ni, i was surprised by how much the villagers have commercialised the place sampai bapak aku nak ambik wudhu sebab nak solat kat masjid dia pun kena bayar 20sen. Memang lah 20sen tu kecik amount dia tapi untuk ambek wudhu pun nak kaut keuntungan ka? Dah la nak masuk parking kena bayar RM2, tempat parking bukan nya bagus mana pun, sempit, ada kemungkinan kereta kau kena calar, kena langgar…. Sorry lah tapi aku rasa that would be my last time pergi Senibong. Terlalu mahal, tak padan dengan service dan makanan yang dijual. Pekerja2 dia pun lebih suka tengok maharaja lawak dari nak kerja. Lepas ni, mesti ada gengster2 Kg Senibong serang aku… Lupakan je lah… dah memang tempat ko tu tak best!

25 Responses »

  1. Pingback: ATTENTION!! PERHATIAN!! ACHTUNG!! | So called chronicles of my life

  2. mulut bau longkang memang makan ape ape tak rasa.kau bagus makan maggi je.
    kiteorg gi makan kat 6corner tu memang yang terbaik di senibong.siap masuk jalan jalan cari makan lagi.kau patut makan maggi je kat umah dengan family kau.

  3. terima kasih. bila kau cium mulut aku ek? memang aku selalu makan maggie… sedap apa, murah dan yang paling penting tak mintak duit kau…

    *edited – sorry, silap lah, aku tak suka makan maggie, mee dia cepat kembang, aku suka cintan, indomee, myojo, apa-apa lah selain dari maggie. time terdesak pun belum tentu cari maggie….
    jgn marah haa… walaupun longkang, longkang kelesss kau maria…

  4. Stumbled on your page… I thought it was a bit harsh the review but WTF… If all you ordered have F&^%$^%$king CHILLI SAUCE over it.. then YOU wouldn’t even be able to taste the freshest of seafood.

    So before you or your family give reviews on what you eat … perhaps you would consider asking the waiters for Chef’s recommendations….

    It would save you a lot of WTFs…!!!

  5. Harsh or not, it was my opinion. Just like your fucking comment, is your opinion. FYI, i ordered the normal staple that is ordered by every fucking person that goes there.. We, my family and i did not drench everything in fucking chili sauce. I would consider to ask the WAITERS for the CHEF’S recommendations if they had the time to take their eyes that were to glued to the TV set.
    Where do you people come from? I wrote something honest, i didn’t not swear, i did not say that people should’t go there, i was writing about MY experience, which by the way i would not repeat. THERE ARE A MILLION OTHER PLACES THAT SERVES BETTER, FRESHER AND CHEAPER SEAFOOD in JB.
    So, you, en. andre.kader can kiss my big saggy ass and piss off!

  6. Pingback: APAKEJADAH KO NI ANDRE? (KALAU BETUL LAH TU NAMA KO) | So called chronicles of my life

  7. Tahun lepas aku datang ke Senibung ni makan kat SSS….Pergghh! Mahal tapi sedap giler. Tahun ni, pada 29 Dec 2011 datang lagi ke Senibung. Aku satu keluarga + pakcik-makcik seramai 28org try kat 6Corner Seafood. The manager recommended us most of the dishes. Ikan 3Rasa aku hanya rasa tomato sahaja, Pari Bakar – sedap, sotong goreng tepung -biasa sahaja, butter prawn macam masak kat rumah jerr, jurai-jurai telur tak ada, tomyam – sekadar ok sahaja, ketam masak masam manis rasa tomato sahaja, kangkung goreng belacan – sedap, air apple juice, otak2 & kacang kukus….semua cost me $806.00. Aku ingat aku sorang jer rasa tak sedap malam tu rupa-rupanya majoriti kata tidak sedap.

  8. makk aii.. 800+ ko.. tak berbaloi bila makan tak sedap.. tapi nak buat macam mana..
    rasa nya makan kat singgah selalu – danga bay, lagi puas hati walaupun mahal…

  9. Saya dah cuba banyak kali kat Restoran Permata Senibong. No 8 rasanya…paling hujung. Baru buka tahun lepas rasa dia memang best masakan lain2 dari lain..Masakan Seafood Ala Nyonya, CinaCuba Siaka Stim Nyonya, Siakap Deep Fried Kam Heong, Salted Egg Crab, Crispy Kailan, Sotong Bakar Ala Baba dll

  10. biasa la kau dtg makan tmpat famous,kepunyaan owner MELAYU pulak tu..then kau makan cakap rasa macam longkang,kenapa kau lepas food poisoning x mati trus je.. bising lak..org lain makan sedap je..ko sorg je cacat,kesian mak yg lahirkan kau.. kalau family kau pn ckp x shedap,maybe cacat gak kot3 …hahaha kalo da xsedap,xyah la nk ckp mcm tu,wtf la.. org melayu tu cari rezeki bukan mcm ko sibuk nk condem org tu org ni bagai.. kau pn masak bkn btol pn,mcm taik je..pecah kepala ko kang

  11. Pingback: Komen dari koneksepoi2 – Warning 18PG/SX | So called chronicles of my life

  12. 9.4.2012

    Hilda dgn kwn2 g mkn kt 6 corner kt senibong ni… We all mmg Kaki seafood.. Ckp je kt mana, kalo berkesempatan we all akn dtg try.. As usual kita org akn try ketam n siakap as main dish… Agak terkejut ketam sekilo rm70 myb die tekan harga cz we all mention we all from kl.. Ikan siakap sedang punya size Kene charge rm40.. The rest yg we all order Udang nestum, sotong nestum, tauhu jepun msk SOS tiram, bb kailan ikan masin, Tom yam campur… Just nk komen kt sini ketam masam manis die xsedap cz ketam digoreng dgn tepung dulu then dicurah SOS masam manis tu.. Lame2 tepung yg garing tu jd lembik sbb Kene SOS… Yup siakap 3rase hanya rase tomato SOS je… Yg lain2 nye ok2 je… Deadly agree 6corner mmg mahal tp kurang sedap… Setakat ketam hidup.. Nk try masak butter, black paper, masam manis, grg cili, or spicy papper.. Leh la ke Asia cafe ss15 subang.. Seekor rm10 je… Then leh jer soh masak ikut cita rase sdr…. Kesimpulan nya indah khabar dr rupa.. Better mkn kt setulang kt sekono seafood much more better… Total bil on that day was rm347.30… If mkn buffet kt hotel pn puas Ati… Jgn mara ya… 😉

  13. saya orang johor..dan saya biasa ngan seafood kat sini..apa you cakap tu betul..6 corner seafood tu memang hampeh (ni org real jb cakap ok)..semua mmg tak pandai masak…sambil makan sambil sakit hati sambil menyumpah..kebetulan selera senibong seafood (3S) tu tak bukak, terpaksalah makan kat permata tu..memang bengkak tekak aku makan kat situ…hangen satu badan..dahlah mahal tak sedap pulak..3S tu la yg best so far kat situ (dah lebih 10 kali aku makan kat 3S tu..)

  14. eheheh br berkira2 nak try mkn kt situ.. kensel la jwb nye.. member opis ni ckp sdp sgt smpi masuk jln2 cari mkn.. slalu mkn kt selera senibong kt kedai dpn skali tu.. tu pun x la sume mknn dia sdp.. udang butter leh thn, msk2 ikan dia mmg kureng.. slalu gi situ bantai mkn udang je ngan kerang rebus n sotong tepung.. price-wise mmg x dinafi kan area situ mahal skit.. pe kata akak gi try mkn kt tanjung langsat.. jauh skit tp murah gile.. rege mmg gile2 murah.. ketam bangkang tu siap masak RM40 je taw.. ketam masak cili.. pehh terbaek.. mee udang dia pun sedap gilo.. asam pedas dia pun sdp, tp ada belah ptg je.. aritu kitorg mkn situ melantak cam badak 4 dewasa 2 bdk kecik pun br x smpi 150.. tu yg skang dah pandai mkn situ, dah x pegi area senibong.. tp kedai tu cam selekeh skit la.. ye la kedai kg..

  15. oo lupa nak ckp.. ketam cili tu sekilo RM40.. kedai dia bkk smpi mlm, tp asam pedas ada belah tgh ari smpi dlm kul 4 gitu je rs nye..

  16. salam,

    saya dah 2 kali makan di 6 corner, alhamdulillah ok je :) tk taulah kalau sy ni spesies tolak batu n kayu je, hehehe… tp, before penah makan 2 kali kat restoren yg lain, mmg agak mengecewakan… tp di 6 corner setakat ni alhamdulillah tk mengecewakan lagi…

  17. Bagus la… that means selera you ngam dengan kedai tu and you tak rasa rugi… Apa pun kedai makan kat senibong rata2 memang harga sembelih punye, kami kalau pi makan kat sana one family memang jarang bayar bawah RM150 padahal order biasa2 sajork…. hehe (BTW pada i RM150 tu dah consider mahal… boleh buat duit belanja dapur seminggu lebih…)

  18. Maaf ye..nak tumpang tanya, apa nama kedai yg kat tanjung langsat tu..? Terliur pulak dengar ketam cili dia yg sedap tu !

  19. sorry sis, i dah lupa nama dia tapi kedai dia yang first kita jumpa bila masuk kat dalam tu, depan dia ada tennis court..

  20. agreed… harga kat senibong memang mahal dan saya tak rasa berbaloi berabis beratus makan kat sini… bnyk lagi tempat kat jb ni yg mkn lebih sedap dah lebih murah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>