Makan2 Cari Passaalll – Lavender, Bukit Indah

Makan2 Cari Passaalll – Lavender, Bukit Indah

Hari tu temankan ada orang tu nak makan kat Lavender, mula2 nak makan kat secret recipe pastu kensel, budak waiter tu plak saja lambat2 nak ambik order, kitaorang pun just cabut keluar…. Duit kita maaaa, harga dah la mahal, service macam taik… So kat lavender orang tu makan hainanese chicken rice, favourite aku ni, memang everytime datang pun akan order ni… yum, yum :~

Tengok gambar air liur sudah meleleh….. aku ingat hari tu aku nak lain dari yang biasa, asyik order benda yang sama jee… so aku order seafood tomato soup…

Haaaaaaa…. padan muka aku! TAK SEDAPPP!! Seafood konon…setakat udang JE beberapa ketul does not qualify it to be called seafood. Panggil je lah sop tomato udang! Kalau seafood tu patut ada, sotong, lala, udang, ketam, lobster…..(over plak) Udang pun jenis yang size S, buat rencah goreng sayur je… Aku suspek base tomato tu pun dia just tuang yang dalam tin tu alat2. Tak sedap langsung!

Ini pulak ceasar salad, boleh la tahan. Cuma sos dia tu macam yang ready made je, tak authentic laa…masam je lebih. Kalau yang authentic…oolala sedap siot! Aku tak habis pun makan teloq rebus tu..

Ini sebenarnya apetizer aku, i know, i know, orang lain makan kek as dessert, aku …… tapi ada aku kisah? Nama kek ni QQ puding and rasa dia sorry to say….. TAK SEDAP! The taste and texture of this cake is completely not like what i was expecting…. yang 4 segi kat tengah2 kek tu, keras – macam lengkong keras and rasa dia bersusu and tak manis, yang luar tu biasa lah macam sponge kek biasa je, aku expect tengah tu tekstur dia macam mousse or lembut lah and rasa dia manis…. ishhh! Disappointing!!

So sessi makan kat lavender kali ni adalah ~ A FAILURE! satu je yang sedap, yang lain semua tak sedap! 😛 :(

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>