Makan2 Cari Pasaallll – Nandos Restaurant, Plaza Pelangi JB

Makan2 Cari Pasaallll – Nandos Restaurant, Plaza Pelangi JB

Masa ni birthday budak jari gemuk…. cuaca masa tu adalah panas terik ya amat, so aku cakap kat dia, aku nak makan kat tempat yang parking space ada bumbung – meaning tak moh la makan kat warung mana yang kena parking kat tepi jalan, like i usually have to suffer when eating out with en. bakhil…(yes this is his new name..). Mula-mula tak tau nak makan mana, banyak choice kan…. end up kat nandos sebab JARANG makan kat sini. Aku pun tak tau kenapa kitaorang jarang nak pergi nandos…. sebab ayam dia sedap dol! Sos peri-peri tu memang tak lah… masam!

Ini ialah Naan bread and Hummus. Harga RM7.90. Masa mula-mula nampak ada hummus on the menu, aku adalah excited giler sebab sedap kan? tapi bila sampai………………………. tak sedap… sebab dia dah lebur sos peri-peri yang masam bangat tu atas hummus….. hhmmm… sedeih dol! End up makan roti, hummus tak makan sebab masam!

Ini pinggan aku, makan 1/4 chicken sos hot, side dish aku pilih, couscous salad dengan 3 bean salad. Harga RM15.25. Ayam adalah sedap, rasa rempah menusuk kedalam daging ayam, so nice. Macam reminisce¬†ayam percik pun ado…. couscous salad tak sedap – masam, 3 bean salad – sedap sebab aku memang suka makan kacang…. bersedia je lah dengar aku kentut ek.. hahahaha

Ini ialah pinggan birthday girl, tengok tu tangan jari gemuk tengah get ready nak attack ayam…. Minah ni order sama macam aku tapi side dish dia jagung and french fries. Jagung – sedap, french fries – pedas sebab ada tabur chili flakes, terkulat2 minah ni nak makan sebab very the pedas….

Total makan hari tu ialah RM59.50. Aku tak suka betul bila ada 16% govt.tax & service charge ni, harga misleading, tak boleh ke restoran2 ni buat harga nett? Kira sekali tax tu and print kat menu? Nak untung lebeh je… kalau dah ada tax, tak de makna aku nak bagi tip la….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>