Makan2 Cari Paassallll – Hadramawt, Puteri Pan Pacific Hotel, JB

Makan2 Cari Paassallll – Hadramawt, Puteri Pan Pacific Hotel, JB

Haaa…..sudah2 lah tu cerita taik ek? Jom cerita pasal makan2 cari pasaalllll. Kali ni aku and the geng, the geng tu mak and bapak ku tercinta, pergi mamam kat Restoran Hadramawt, dare i say the only arabic/yemeni restaurant in JB? Memang lah!

Sebenarnya dah pernah makan kat sini dulu, sedap, so return la…..

Ini ialah grape leaves, daun anggur, dalam dia ada nasi, tak sedap! MASAM….. Harga RM8.00, tak payah la order unless korang suka benda masam-masam….. hehe 😛

Ni pulak teh arab….. Sedapppp….. ada rasa pudina, memang sangat sedap, i loike! Harga satu pot RM10.00, boleh minum sampai terkencing-kencing… makna nya banyak la tu… (lagipun gelas dia cinonet..)

Ini ialah Hummus, i sangat suka! Hummus ni sebenarnya ialah kacang kuda kisar, campur dengan tahini (bukan tahi tapi pes bijan kisar) sikit, minyak zaitun sikit, simple je kan? Rasa dia… ada macam pahit2 sikit, sedap dol! Makan dengan roti ini………

Hah! Ambik ko, BESAR PUNYA! Memang besar punya, ini pun i suka. Macam roti canai tapi tak berminyak and liat2 sikit. Bapak i slow sikit makan ni, sebab dia kan tade gigi geraham, susah mau kunyah tapi mak i makan laju je…. Aku lagi lah laju, last2 aku je yang bedal….. hehe… Lupa rega hummus RM10.00, roti yang besar macam dulang adalah free…

Ini ialah Lamb Mendy, rega RM24.00. Nampak macam mahal tapi percaya lahhhhh…. berbaloi-baloi ok… aku tak habis makan satu pinggan ni. Boleh share 2 orang makan and rasa nye, SEDAP! But don’t expect la macam makan beriyani kat mamak ada kari pullay la bagai… masakan arab ni tak de pedas… boleh muak makan…. nasib baik ada yang dalam mangkuk kecik tu, tatau nama dia apa tapi rasa dia macam pedas2 sikit…itu lah penyelamat…

Ni pulak, Lamb Aeraes. Lebih kurang macam murtabak arab la….. roti yang tadi tu, ada daging kambing cincang kat tengah dia, pastu dia masak. Sedap jugak. Kari pullay atau Kuah dalca not included, makan dengan sos and mayo tapi aku bedal macam tu je… tak suka sos lebih2, tak rasa manis kambing….Yang ni rega dia RM16.00

Yang ini nama dia Lamb Madghout – 500gm, timbang kati ye noks! Rega RM25.00 tapi masyallah, banyakkkkk nya, syukur nikmat. Rasa nya boleh makan 4 orang kalau family kitaorang, kalau orang lain yang kuat sikit makan maybe 2 or 3 la…. Aku tak berapa suka nasi ni sebab bau dia hamis. Masa waitress tu mula2 bawak keluar, aku tak tau yang bau nasi, aku dah terpikir, minah ni lawa tapi apasal bau badan dia kuat beno?? Rupa-rupa nya bau kambing arab daaaa….. muahahaha tapi bila makan tak hamis tau. Kambing tu sedap, lembut je and rasa rempah dia pun ok, mild…

Kalau nak makan kat sini aku nasihat kan if you have a small appetite better share the rice dishes, kitaorang siap doggy bag sebab tak habis. Service ok, yang penting food ok, total damage to the wallet malam itu RM113.70.

  • HADRAMAWT
  • Puteri Pan Pacific Hotel
  • 07-2210867

 

 

2 Responses »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>